SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Bagi membantu rakyat kurang berkemampuan terutamanya golongan B40, Kerajaan turut menyediakan bantuan dalam bentuk barangan asas melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada bantuan tunai.

Bagaimanakah semak penerima sumbangan asas rahmah sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN 200 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT LULUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

Penerima Sedia Ada (0.7 Juta Penerima)

  • Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  • Kategori – Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang.

Penerima Baharu (4.7 Juta Penerima)

  • Bukan eKasih
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  • Kategori – Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

JUMLAH BULANAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:

PENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR DAN BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR DAN BUKAN EKASIH)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

MANFAAT BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

CHECK PENERIMA YANG LULUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA

Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Semakan Permohonan; dan
  8. Maklumat Pembayaran
  9. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  10. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment