SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SARA

SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SARA

Rakyat Malaysia yang merupakan golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) layak untuk terima Sumbangan Asas Rahmah melalui pengkreditan ke dalam Kad Pengenalan secara automatik setiap bulan selama 12 bulan.

Bagaimanakah semak Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 2

PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan tambahan daripada Kerajaan Malaysia di bawah inisiatif Payung Rahmah khusus untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah supaya dapat memenuhi keperluan asas setiap bulan.

FUNGSI SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Antara fungsi Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan dalam Kad Pengenalan adalah untuk pembelian keperluan asas seperti berikut :

KATEGORI BARANGSENARAI DILULUSKAN
Bahan asas masakanBeras, telur, minyak masak, tepung,
mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula,
garam, cukup rasa, dan sebagainya.
Makanan sejuk bekuBurger, nuget, bebola daging, ayam,
daging, itik dan sebagainya
Makanan ringanRoti, biskut, bijirin dan sebagainya.
MinumanSusu tepung, susu tin (pekat & cair), teh,
coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
Produk penjagaan diriUbat gigi, berus gigi, sabun mandian,
shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
Keperluan asas bayiLampin pakai buang, susu tepung
(hanya jenama terpilih), sabun cecair
mandian bayi dan sebagainya.
Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk dan sebagainya
yang diluluskan oleh KKM.
Barang sekolahAlat tulis, pakaian seragam sekolah,
kasut sekolah dan sebagainya.
Produk kebersihan rumahSabun pencuci lantai, sabun / serbuk
pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan
dan sebagainya.

AMAUN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

Setiap penerima yang layak akan terima Sumbangan Asas Rahmah dengan amaun sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMA
‘MISKIN & MISKIN TEGAR’
AMAUN DISALURKAN
Isi RumahRM200 setiap bulan
x 12 bulan
= RM2,400
Warga EmasRM150 setiap bulan
x 12 bulan
= RM1,800
BujangRM100 setiap bulan
x 12 bulan
= RM1,200
KATEGORI PENERIMA
‘ASAS BUKAN MISKIN’
AMAUN DISALURKAN
Isi RumahRM100 setiap bulan
x 12 bulan
= RM1,200
Warga EmasRM50 setiap bulan
x 12 bulan
= RM600
BujangRM50 setiap bulan
x 12 bulan
= RM600

TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH DISALURKAN

Berikut merupakan tarikh Sumbangan Asas Rahmah disalurkan kepada setiap penerima yang layak selama 12 bulan :

KATEGORI PENERIMATARIKH PENYALURAN
Isi Rumah & Warga Emas9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Bujang16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

Untuk ketahui sama ada layak atau tidak terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), semak status kelayakan dengan mengikuti panduan lengkap di bawah :

🔗 Laman Web Rasmi Sumbangan Asas Rahmah : https://www.sara.gov.my/.

  1. Sila klik pada laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah 👆.
  2. Anda akan dipaparkan ke halaman utama.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
  5. Tandakan pada verify you are human [✅].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Jika anda ingin mengetahui informasi lebih lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment