SEMAK SUBSIDI MINYAK PETROL RON95 : BUDI MADANI
Pelancaran Program BUDI MADANI RON95 bakal dilaksanakan untuk rakyat Malaysia menikmati manfaat subsidi minyak petrol RON95 secara terus. Kerajaan yakin dengan pelaksanaan subsidi bersasar ini dapat mengoptimumkan sumber negara kearah yang lebih membangun.
Ketahui cara semak subsidi minyak Petrol RON95 dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SKAS SARAWAK : BAYARAN RM250 & RM400 & RM800

APA ITU SUBSIDI MINYAK PETROL?
Subsidi Minyak Petrol RON95 di bawah BUDI MADANI bakal dilaksanakan bagi membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan kos sara hidup sekaligus dapat mengurangkan pembaziran subsidi kepada bukan rakyat Malaysia.
Dengan Subsidi yang dilaksanakan di bawah BUDI MADANI, harga minyak Petrol RON95 dapat diturunkan kepada harga paling rendah iaitu RM1.99 seliter berbanding harga semasa kini sebanyak RM2.05 seliter.
SIAPA YANG LAYAK?
Terdapat seramai 16 juta individu telah disahkan layak menerima Subsidi Minyak Petrol RON95 dan kelayakan adalah dipilih berdasarkan kriteria berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Belia seawal umur 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan aktif;
- Pemandu kereta dan penunggang motorsikal;
- Tidak mengira tahap pendapatan.
TARIKH TEBUS SUBSIDI MINYAK PETROL RON95
Penebusan Subsidi Minyak Petrol RON95 boleh ditebus setiap hari dan setiap bulan bermula pada tarikh-tarikh berikut :
- 300 ribu anggota Polis dan Tentera boleh mula tebus pada 27/09/2025 (Sabtu).
- Golongan B40 merupakan penerima STR boleh mula tebus pada 28/09/2025 (Ahad).
- Semua 16 juta rakyat boleh mula tebus pada 30/09/2025 (Selasa).
CARA TEBUS SUBSIDI MINYAK PETROL RON95
Bermula pada 27, 28 dan 30 September 2025, rakyat yang layak boleh menebus Subsidi Minyak Petrol RON95 mengikut cara berikut :
- Cara Tebus Melalui Kaunter / Pam Minyak :
- Pergi ke Stesen minyak yang berdekatan anda.
- Masukkan MyKad pada mesin pembaca MyKad di Pam; atau
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Sekiranya anda layak, status dipaparkan dengan harga RM1.99 / liter.
- Bayar secara tunai / kad kredit / kad debit / QR ikut liter yang anda mahukan.
- Contoh : 10 liter = RM19.90 (yang perlu dibayar).
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
- Cara Tebus Melalui Aplikasi :
- Muat turun aplikasi seperti Setel (untuk Stesen Minyak Petronas).
- Daftar dan lengkapkan maklumat dalam aplikasi tersebut.
- Pergi ke Stesen minyak terdekat anda (contoh : Petronas).
- Buka aplikasi Setel.
- Tetapkan lokasi Stesen minyak anda.
- Masukkan nombor pam yang anda mahu.
- Masukkan juga amaun pengisian anda bersama bayaran online.
- Contoh : 10 liter = RM19.90 (yang perlu dibayar).
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
*Nota : Setiap kali pengisian minyak dengan guna Subsidi, pastikan anda menyemak resit baki kuota yang ada (300 liter kuota setiap bulan).
SEMAK SUBSIDI MINYAK PETROL RON95
Ikuti panduan cara semak status kelayakan penerima Subsidi Minyak Petrol RON95 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BUDI MADANI (akan dibuka bermula 25/09/2025) : https://www.budimadani.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
*Cara semakan di atas adalah contoh sahaja. Sekiranya Portal telah dibuka, pihak kami akan kemaskini semula cara semak yang betul.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI MINYAK PETROL RON95
- Adakah Minyak Petrol RON95 diberikan secara percuma melalui MyKad?
- Tidak, MyKad hanya digunakan untuk pengesahan penerima dan penerima perlu membayar minyak petrol dengan harga subsidi iaitu RM1.99 seliter.
- Kenapa rakyat perlu buat pengesahan guna MyKad untuk beli minyak Petrol RON95 guna subsidi?
- Supaya tidak berlaku sebarang ketirisan subsidi kepada individu yang tidak layak seperti warga asing.
- Bilakah tarikh akhir boleh guna Subsidi Minyak Petrol RON95?
- Penerima yang layak boleh guna Subsidi Minyak Petrol RON95 pada bila-bila masa bermula pada tarikh yang dinyatakan iaitu 27,28 dan 30 September 2025. Namun, tarikh akhir masih belum diketahui.
- Dimanakah boleh memohon Subsidi Minyak Petrol RON95?
- Tiada sebarang permohonan dibuka dan penerima yang memenuhi kelayakan akan menerima Subsidi Minyak Petrol RON95 secara automatik.
- Bilakah kenaikan harga minyak petrol tanpa subsidi dilaksanakan?
- Kenaikan harga minyak petrol RON95 tanpa subsidi masih belum diketahui dan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Isi maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan BUDI MADANI RON95 ini, sila rujuk : https://www.budimadani.gov.my/.