SEMAK STR 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS FASA 3 LAYAK ATAU TIDAK
Untuk memudahkan rakyat mengetahui status sama ada layak atau tidak untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, Kerajaan MADANI menyediakan kemudahan semakan status secara dalam talian (online) yang boleh dan selamat di akses dalam telefon bimbit.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak STR Fasa 3 secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR LOGIN SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
AMAUN BAYARAN STR 2025 FASA 3
Amaun Bantuan STR Fasa 3 yang dibayar adalah mengikut kategori penerima berikut :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM650 |
Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
MEDIUM BAYARAN STR 2025 FASA 3
Bayaran Bantuan STR Fasa 3 adalah melalui medium mengikut jenis penerima berikut :
JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan dalam akaun bank penerima melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’ |
Tiada Akaun Bank | Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 3
Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 adalah secara berperingkat bermula tarikh berikut :
FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 3 | Mulai 12 Ogos 2025 (Selasa) |
SEMAK STR 2025 ONLINE
Layari pautan Portal Rasmi STR di bawah dan ikuti panduan semakan status secara online seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Pada halaman utama STR, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%203%2011082025.pdf.