SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : CEK KELAYAKAN PEMOHON SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN (RM200 & RM100)
Sumbangan Asas Rahmah atau ringkasnya dikenali SARA adalah merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu meringankan kos sara hidup dan menampung keperluan harian rakyat khususnya golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah semak status Sumbangan Asas Rahmah 2026? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 1
MANFAAT SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Antara manfaat yang dapat daripada Sumbangan Asas Rahmah adalah penerima dapat memenuhi keperluan asas seperti berikut :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Barang makanan kering :
- Roti, biskut, dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Sumbangan Asas Rahmah bakal dibayar kepada kategori isi rumah, warga emas dan bujang sebanyak berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan hingga RM600 setahun.
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun.
- Bujang Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan hingga RM600 setahun.
KAEDAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Berikut merupakan kaedah-kaedah bayaran Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima 2026 :
- Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah Setiap Bulan :
- Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima pada setiap bulan. Jika tidak habis digunakan, baki akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama kredit semasa.
- Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah One-off :
- Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima sekali sahaja. Jika tidak habis digunakan, baki tersebut masih boleh digunakan sebelum tamat tempoh.
SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah boleh disemak secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Bayaran Sumbangan Asas Rahmah setiap bulan bakal dilaksanakan mengikut tarikh seperti berikut :
- Januari 2026.
- Februari 2026.
- Mac 2026.
- April 2026.
- Mei 2026.
- Jun 2026.
- Julai 2026.
- Ogos 2026.
- September 2026.
- Oktober 2026.
- November 2026.
- Disember 2026.
Namun untuk bayaran One-off, akan dilaksanakan pada pertengahan Februari 2026.
RUJUKAN LANJUT
Maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai berkaitan ‘Sumbangan Asas Rahmah’. Oleh itu, untuk maklumat yang lebih lanjut, sila buat rujukan daripada pihak berwajib melalui berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]