SEMAK STATUS STR FASA 4 2025 : KETAHUI KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK STATUS STR FASA 4 2025 : KETAHUI KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan bertambah dari fasa ke fasa kerana permohonan dan rayuan dibuka sepanjang tahun. Bayaran Fasa 4 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 9 juta rakyat yang merupakan penerima sedia ada dan penerima baharu.

Ketahui cara semak status kelayakan sama ada anda layak atau tidak terima bayaran STR Fasa 4 di bawah.

BACA JUGA : BUDI MADANI RON95 (SEMAK KELAYAKAN PENERIMA)

SEMAK STATUS STR FASA 4

APA SYARAT LAYAK STR?

Kerajaan telah menetapkan syarat-syarat kelayakan penerima STR seperti berikut :

ISI RUMAH :

  • Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
  • Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
  • Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
  • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).

WARGA EMAS :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
  • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.

BUJANG :

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
  • Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
  • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

KADAR BAYARAN STR FASA 4 2025

Kadar bayaran STR Fasa 4 dianggarkan untuk setiap kategori dibayar sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR FASA 4
Isi Rumah B40RM150 hingga RM700
(bergantung jumlah anak)
Isi Rumah M40RM150 hingga RM350
(bergantung jumlah anak)
Warga EmasRM150
BujangRM150

JADUAL BAYARAN STR 2025

Bayaran Bantuan STR dilaksanakan secara berfasa yang mana Fasa 1, 2 dan 3 telah selesai dibayar kepada yang layak. Berikut merupakan jadual bayaran STR sepanjang tahun 2025 :

FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
22 – 28 Januari 202524 – 27 Mac 202512 – 19 Ogos 2025Akan diumumkan

KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 2025

Dua (2) kaedah bayaran STR disediakan bagi penerima yang ada akaun bank dan yang tiada akaun bank seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan secara automatik terus
ke dalam akaun bank penerima
Dibayar secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat

SEMAK STATUS STR FASA 4 2025

Status kelayakan dan maklumat bayaran STR Fasa 4 boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi STR. Ikuti cara semak status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Berikut merupakan beberapa soalan-soalan lazim (faq) yang sering menjadi pertanyaan rakyat berkaitan Bantuan STR :

  1. Bolehkah penerima yang ada akaun bank menuntut tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)?
    • Bantuan STR akan dikreditkan dalam akaun bank penerima dan tuntutan tunai di kaunter BSN hanya dibolehkan kepada penerima tiada akaun bank dan status ‘Gagal Kredit’ sahaja.
  2. Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dimasukkan?
    • Bayaran STR Fasa 4 dijangka pada bulan November namun tarikh akan diumumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
  3. Adakah Bantuan STR boleh digunakan untuk bayar bil dan beli barang keperluan lain?
    • Bantuan STR boleh digunakan untuk apa sahaja (bergantung penerima).
  4. Adakah rakyat pedalaman Sabah dan Sarawak juga terima bayaran melalui akaun / tunai di kaunter BSN?
    • Bayaran STR bergantung penerima sama ada akaun bank atau tiada. Jika tiada akaun bank, bayaran akan diberikan secara tunai di kaunter BSN atau mana-mana kaunter yang dibuka di pusat pemberian STR.
  5. Bilakah boleh mohon Bantuan STR Fasa 4?
    • Pemohon yang memenuhi kelayakan boleh kemukakan permohonan STR pada bila-bila sahaja sebelum tarikh tutup.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat atau rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment