SEMAK STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Pengagihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang terkini adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) semua penerima di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan juga.

Bagaimanakah semak status SARA MyKasih yang terkini? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKASIH ONLINE TERKINI : CHECK STATUS SAMA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Terdapat dua (2) syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang terkini, iaitu :

  1. Kelayakan SARA Sedia Ada :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  2. Kelayakan SARA Terbaru :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH PENERIMA SARA MYKASIH TERKINI 2025

Berikut merupakan jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang terkini :

  • Penerima Sedia Ada :
    • Seramai 0.7 juta penerima merangkumi Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
  • Penerima Baharu :
    • Seramai 4.7 juta penerima merangkumi Isi Rumah dan Warga Emas.

*Terkini direkodkan keseluruhan penerima yang layak pada tahun ini adalah seramai 5.4 juta.

KADAR AGIHAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Pada tahun 2025, kerajaan telah meningkatkan kadar agihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kepada penerima sedia ada dan penerima baharu seperti berikut :

  • RM2,100 setahun kepada Isi Rumah sedia ada.
  • RM1,650 setahun kepada Warga Emas sedia ada.
  • RM900 setahun kepada Isi Rumah baharu.
  • RM600 setahun kepada bujang sedia ada.
  • RM450 setahun kepada Warga Emas baharu.

SEMAK STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025

Sila rujuk cara semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang terkini seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

JADUAL AGIHAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Hanya penerima yang disahkan layak akan menerima agihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih mengikut jadual berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
AGIHAN SESI 1
JANUARI HINGGA MAC
AGIHAN SESI 2
APRIL HINGGA DISEMBER
Penerima Sedia AdaIsi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Penerima BaharuIsi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment