SEMAK STATUS SARA 2025 : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bagi mengelakkan berlaku sebarang ketirisan pemberian Bantuan SARA, Kerajaan mengkreditkan bantuan secara ansur berperingkat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan penerima yang layak.
Bagaimanakah semak status SARA? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SEMAK STATUS SARA 2025
Semakan status hanya boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Bantuan SARA mengikut panduan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Bantuan SARA.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA MELEPASI STATUS SARA 2025
Penerima yang telah melepasi status Bantuan SARA adalah seramai berikut :
- 700,000 ribu penerima sedia ada;
- 4.7 juta penerima baharu.
*Menjadikan keseluruhan penerima yang melepasi status kelayakan SARA adalah seramai 5.4 juta melibatkan golongan dewasa daripada isi rumah, warga emas dan bujang.
JUMLAH AGIHAN BANTUAN SARA 2025
Agihan Bantuan SARA kepada penerima adalah dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN DIAGIHKAN |
---|---|
Isi Rumah | RM2,100 setahun |
Warga Emas (Tiada pasangan) | RM1,650 setahun |
Bujang | RM600 setahun |
- Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN DIAGIHKAN |
---|---|
Isi Rumah | RM900 setahun |
Warga Emas (Tiada pasangan) | RM450 setahun |
JADUAL AGIHAN BANTUAN SARA 2025
Berikut merupakan jadual agihan Bantuan SARA sepanjang tahun 2025 :
TARIKH AGIHAN BANTUAN PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH AGIHAN BANTUAN PENERIMA BAHARU |
---|---|
Setiap bulan selama tempoh 12 bulan : bermula 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 | Setiap bulan selama tempoh 9 bulan : bermula 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.