SEMAK STATUS SARA 100 : CHECK BANTUAN DALAM MYKAD
YAB Perdana Menteri Ke-10 ingin merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia dengan menambah peruntuk sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat Malaysia yang boleh menampung perbelanjaan keperluan asas.
Bagaimanakah semak status SARA 100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN SARA RM100 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU SARA 100
SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan sebuah bantuan tambahan yang disalurkan dengan cara yang unik, iaitu secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan khusus untuk pembelian barangan keperluan asas.
Kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat Malaysia dengan jumlah RM100 setiap seorang.
TARIKH KREDIT SARA 100
Kerajaan MADANI akan mengkreditkan Bantuan SARA RM100 untuk semua 22 juta rakyat Malaysia secara serentak pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan penerima boleh menggunakan pada bila-bila masa sebelum tarikh luput iaitu pada 31 Disember 2025 (Rabu).
SYARAT STATUS SARA 100
Bantuan SARA RM100 hanya khas untuk yang memenuhi syarat-syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Berkeluarga / Warga Emas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
SEMAK STATUS SARA 100
Anda boleh mula menyemak status kelayakan penerima SARA bermula 21 Ogos 2025 mengikut panduan semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
- Selesai.
SEMAK BAKI SARA 100
Setelah Bantuan SARA digunakan, anda boleh menyemak baki yang ada seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.