SEMAK STATUS PLKN 2025 ONLINE : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilaksanakan berasaskan konsep dan format baharu yang dirangka melalui pelbagai aktiviti selaras dengan objektif program.
Bagaimanakah semak status kelayakan penyertaan plkn 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: EWALLET MADANI 2025 100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Kelahiran tahun 2007;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025
Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:
- Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
- E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Surat Panggilan Rasmi : Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.
SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025 SECARA ONLINE
Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN:
https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form - Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar:
[Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]
Untuk meneruskan pendaftaran setelah pelatih selesai membuat semakan tawaran, pelatih boleh rujukan panduan pendaftaran di sini: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
SEMAK TARIKH DAN LOKASI PROGRAM PLKN 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut:
SIRI | TARIKH & TEMPOH PENYERTAAN | LOKASI |
---|---|---|
Pertama (Siri 1) | 12 Januari – 25 Februari 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL |
Kedua (Siri 2) | 11 Mei – 24 Jun 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
Ketiga (Siri 3) | 7 September – 21 Oktober 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
MODUL LATIHAN PLKN 2025
Latihan PLKN 3.0 merangkumi tiga (3) modul terbaru, iaitu :
- Modul Fizikal : Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat : Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0