SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH : (2025) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)

SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH : (2025) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diterima adalah tertakluk kepada fasa kelulusan STR 2025, dan akan diterima bermula dari bulan permohonan STR tersebut diluluskan.

Bagaimanakah semakan layak atau tidak sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK STR 2025 FASA 3 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SIAPAKAH PENERIMA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
  2. SARA Bukan eKasih
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik kepada penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

CARA PELAKSANAAN MYKASIH 2025

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik MyKad untuk penerima membeli barangan keperluan asas / kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SEMAK KATEGORI BARANG MYKASIH 2025 DILULUSKAN UNTUK PENERIMA

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan (diperkenalkan Mei 2025)

SEMAK KADAR KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada penerima seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN (RM)
Isi RumahRM2,100 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM600 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN (RM)
Isi RumahRM900 Setahun
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450 Setahun
RM50/bulan (bermula April – Disember)

Nota: Amaun kelayakan SARA 2025 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2025 diluluskan.

CARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA MYKASIH 2025

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal MyKasih; ATAU
  • Portal MySTR

Semakan di Portal MyKasih (Penerima Berstatus eKasih):

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan di Portal MySTR (Penerima Bukan eKasih):

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment