SEMAK STATUS MYKASIH ONLINE : CHECK STATUS TERKINI 2025 LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Penyelarasan pelaksanaan bayaran Bantuan MyKasih secara tanpa tunai (cashless) kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah supaya semua penerima dapat menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas dengan mudah dan selamat.
Bagaimanakah semak status MyKasih online? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)
SENARAI BARANGAN MYKASIH
Penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih, boleh memilih untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Nota : Pembelian barangan di atas hendaklah tidak melebihi baki Bantuan MyKasih yang ada dalam kad pengenalan (MyKad) penerima.
TARIKH KREDIT MYKASIH TERKINI
Bantuan MyKasih yang terkini dikreditkan pada tarikh :
- Bermula 01 JUN 2025, AHAD.
JUMLAH MYKASIH YANG TERKINI DIKREDITKAN
Pada 01 Jun 2025, Bantuan MyKasih dikreditkan dengan jumlah berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM200.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100.
- Kategori Bujang :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50.
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM150.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50.
SEMAK BAYARAN MYKASIH ONLINE
Oleh kerana bayaran Bantuan MyKasih dilakukan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima, bayaran serta baki bantuan hanya boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK STATUS MYKASIH ONLINE
Rujuk cara semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.