SEMAK STATUS MYKASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Penerima yang layak serta berstatus lulus MyKasih akan menerima pengkreditan bantuan bulanan secara automatik untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan keperluan secara bulanan.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN DUIT EKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025
Kelayakan penerima SARA 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:
PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan | Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
PORTAL | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi SARA | https://sara.gov.my/ |
Portal Rasmi MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan di Portal SARA:
- Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
- Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK KAEDAH PELAKSANAAN MYKASIH 2025
Bantuan akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, untuk dibelanjakan di lebih 7,300 premis berdaftar diseluruh Malaysia, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SEMAK AMAUN BULANAN MYKASIH 2025
Amaun Bulanan MyKasih yang disalurkan dalam MyKad penerima untuk berbelanja Barangan Keperluan Asas di premis runcit berdaftar adalah seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih SEPTEMBER 2025:
- Adakah perlu memohon MyKasih?
- Tidak. Kelayakan MyKasih 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegardan Miskin eKasih dan penerima lulus STR 2025 mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan.
- Bagaimanakah kaedah pelaksanaan MyKasih?
- Bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad khusus digunakan untuk membeli narangan runcit asas yang diluluskan di kedai runcit terpilih seluruh Malaysia menggunakan MyKad.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]