SEMAK STATUS KELAYAKAN MYKASIH : (2025) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG (RM600 & RM900 & RM2100
Hanya seramai 5.4 juta sahaja rakyat dewasa Malaysia yang terpilih layak untuk menerima Bantuan MyKasih secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan dan 3.9 juta daripadanya telah menggunakannya untuk pembelian.
Bagaimanakah semak status kelayakan MyKasih? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : JPT UPU : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SENARAI KEGUNAAN MYKASIH
MyKasih yang dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) boleh digunakan untuk pembelian barangan bnerikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
HAD BAYARAN MYKASIH
Berikut merupakan had bayaran MyKasih setiap bulan sehingga setahun :
ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | HAD BULANAN | HAD SETAHUN |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM100 (3 bulan) RM200 (9 bulan) | RM2,100 |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 (9 bulan) | RM900 |
WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMAS | HAD BULANAN | HAD SETAHUN |
---|---|---|
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM100 (3 bulan) RM150 (9 bulan) | RM1,650 |
Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM50 (9 bulan) | RM450 |
BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | HAD BULANAN | HAD SETAHUN |
---|---|---|
Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM50 (12 bulan) | RM600 |
Bujang Asas Bukan Miskin | – | – |
TARIKH BAYARAN MYKASIH
Pembayaran Bantuan MyKasih adalah pada tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN MYKASIH KEPADA MISKIN & MISKIN TEGAR | TARIKH BAYARAN MYKASIH KEPADA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15/01/2025 | – |
01/02/2025 | – |
01/03/2025 | – |
01/04/2025 | 01/04/2025 |
01/05/2025 | 01/05/2025 |
01/06/2025 | 01/06/2025 |
01/07/2025 | 01/07/2025 |
01/08/2025 | 01/08/2025 |
01/09/2025 | 01/09/2025 |
01/10/2025 | 01/10/2025 |
01/11/2025 | 01/11/2025 |
01/12/2025 | 01/12/2025 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN MYKASIH
Status kelayakan penerima MyKasih boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH
Status bayaran masuk MyKasih boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bayaran Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.