SEMAK STATUS BAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

SEMAK STATUS BAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

Dalam sejarah peruntukan bantuan kepada rakyat, tahun 2025 merupakan kadar peruntukan yang tertinggi iaitu sebanyak RM13 billion akan disalurkan secara berperingkat kepada 60% rakyat dewasa yang merupakan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Bagaimanakah semak status bayaran STR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 IC : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT STATUS PENERIMA STR

Hanya pemohon yang menepati syarat-syarat di bawah sahaja akan layak terima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

ISI RUMAH :

  • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (mempunyai anak yang menepati syarat); dan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.

WARGA EMAS :

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

BUJANG :

  • Belum berkahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
  • Berumur 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN STR

Berikut merupakan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sepanjang tahun 2025 :

  • Fasa 1 : 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
  • Fasa 2 : 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
  • Fasa 3 : Akan diumumkan.
  • Fasa 4 : Akan diumumkan.

KADAR BAYARAN STR

Berikut merupakan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang penuh :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR
Isi Rumah B40Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah M40Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 anak ke atas : RM1,250
Warga EmasRM600
BujangRM600
*Namun, bayaran adalah secara ansur berfasa.

CARA BAYARAN STR

Cara bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada jenis penerima berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Perlu menunggu bayaran STR dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dalam permohonan STR.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

SEMAK STATUS BAYARAN STR

Bagi yang ingin mengetahui status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan lengkap berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment