SEMAK STATUS BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH TERBARU
Terbaru, inisiatif Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah untuk Fasa November telahpun dikreditkan dalam MyKad 5.4 juta penerima dari kategori Isi rumah, Warga Emas dan juga Bujang. Masing-masing penerima boleh menggunakan MyKad untuk beli barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semak status bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad Fasa November? Ikuti panduan dan baca info penuh di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYSTR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA & CARA MOHON BANTUAN
BILA BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Kerajaan telah membayar duit Bantuan SARA dalam MyKad penerima untuk Fasa November mengikut tarikh seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD |
|---|---|
| November | 1 November 2025 (Sabtu) |
BERAPA JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Jumlah bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad untuk tahun 2025 adalah berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN NOVEMBER | JUMLAH PENUH 2025 |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM200 | RM2,100 |
| Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 | RM900 |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN NOVEMBER | JUMLAH PENUH 2025 |
|---|---|---|
| Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM150 | RM1,650 |
| Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM50 | RM450 |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN NOVEMBER | JUMLAH PENUH 2025 |
|---|---|---|
| Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM50 | RM600 |
| Bujang Asas Bukan Miskin | – | – |
TEMPOH SAH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad mempunyai tempoh sah guna seperti berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Januari hingga Disember (12 bulan).
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- April hingga Disember (9 bulan).
*Tamat tempoh penggunaan duit Bantuan SARA dalam MyKad adalah pada 31 Disember 2025.
SEMAK STATUS BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Status bayaran sama ada Bantuan SARA telah dikreditkan atau belum dalam MyKad untuk Fasa November, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
PANDUAN CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Bagi penerima yang belum mengetahui cara untuk guna Bantuan SARA, ikuti panduan lengkap seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran SARA (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad anda / MyKad penerima SARA (Suami).
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
INFO LANJUT SARA
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.
Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]