SEMAK STATUS BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD : CEK SEGERA FASA DISEMBER 2025
Pembayaran akhir program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada bulan Disember akan dikreditkan tidak lama lagi kepada penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas untuk dibelanjakan sebelum program sesi 2025 tamat.
Bagaimanakah cara semak status bayaran duit bantuan sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN E WALLET 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON & CARA PERMOHONAN E-WALLET
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :
- Penerima SARA eKasih (Lulus STR & Berstatus eKasih)
- Tarikh Pelaksanaan Program : 15 Januari 2025
- Tarikh Akhir Guna / Luput : 31 Disember 2025
- Penerima SARA Bukan eKasih (Lulus STR Sahaja)
- Tarikh Pelaksanaan Program : 1 April 2025
- Tarikh Akhir Guna / Luput : 31 Disember 2025
- Penerima SARA ONE-OFF
- Tarikh Pelaksanaan Program : 31 Ogos 2025
- Tarikh Akhir Guna / Luput : 31 Disember 2025
Baki atau kredit SARA yang tidak digunakan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak lagi akan dibawa ke bulan berikutnya. Sebarang kredit yang tidak digunakan selepas tarikh akhir, akan luput secara automatik.
SEMAK STATUS BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
KADAR BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]