SEMAK STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Pertambahan hasil daripada penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan menyalurkan lebih banyak peruntukan Bantuan SARA MyKasih kepada rakyat. Seiring dengan itu juga, jumlah penerima juga bertambah sehingga 75 peratus (%).
Bagaimanakah semak status Bantuan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BARANGAN BANTUAN MYKASIH : SENARAI BARANG & CARA GUNA
APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih atau rasminya Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang dilaksanakan di bawah program MyKasih yang diberikan khas kepada rakyat dewasa B40 dan M40 sebagai bantuan tambahan bersasar untuk memenuhi keperluan asas pada setiap bulan.
Kaedah bayaran Bantuan SARA MyKasih adalah dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) penerima dan ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah.
STATUS LAYAK BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Pada tahun 2025, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diberikan kepada dua (2) kumpulan penerima yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
Kelayakan Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Kelayakan Penerima Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN BANTUAN SARA MYKASIH DIBAYAR 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dibayar pada tahun 2025 dengan amaun yang berbeza mengikut kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :
Isi Rumah (Berpasangan / Tunggal ada anak) :
ISI RUMAH MISKIN & MISKIN TEGAR | ISI RUMAH ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
RM100 – RM200 / sebulan sehingga RM2,100 / setahun | RM100 / sebulan sehingga RM900 / setahun |
Bujang (Belum Berkahwin / Balu / Duda / Janda tiada anak) :
BUJANG MISKIN & MISKIN TEGAR |
---|
RM50 / sebulan sehingga RM600 / setahun |
Warga Emas (Tiada Pasangan) :
WARGA EMAS MISKIN & MISKIN TEGAR | WARGA EMAS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
RM100 – RM150 / sebulan sehingga RM1,650 / setahun | RM50 / sebulan sehingga RM450 / setahun |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah secara ansur pada setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
SEMAK STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih melalui panduan semakan di portal rasmi MyKasih atau portal rasmi STR, seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.