SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sebanyak 75 peratus (%) peruntukan Bantuan Asas Rahmah (SARA) ditambah dan diperluaskan kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia bagi membantu meringankan bebanan yang dihadapi sepanjang tahun 2025 ini.

Bagaimanakah semak status Bantuan Asas Rahmah SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM100 / RM200 sebulan;
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100 sebulan.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50 sebulan;
    • Bujang Asas Bukan Miskin : –
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM100 / RM150 sebulan;
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Pembayaran Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah setiap bulan mengikut tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA), ikuti panduan semakan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Bantuan Asas Rahmah (SARA).
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran Bantuan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

SENARAI KEGUNAAN BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Kegunaan Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah khas untuk pembelian barangan seperti senarai berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment