SEMAK SKAS SARAWAK 2025 : BAYARAN RM250 & RM400 & RM800
Bagi pemohon yang mengemukakan permohonan bermula pada 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025, kini boleh menyemak status kelayakan permohonan dan sekiranya disahkan layak, pemohon boleh menuntut bayaran dengan kadar bermula RM250, RM400 dan RM800 bergantung kelayakan.
Ketahui status kelayakan dan bayara SKAS Sarawak lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 : CARA BELI MINYAK PETROL SUBSIDI RON95 GUNA MYKAD

APA ITU SKAS SARAWAK?
SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2025, sebagai inisiatif bantuan baharu oleh Kerajaan Sarawak kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah, bagi memenuhi keperluan harian rakyat.
Dengan Bantuan SKAS ini, rakyat boleh membeli barangan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya. Selain itu juga, keperluan lain seperti lampin pakai buang, sabun, makanan bayi dan sebagainya dapat dibeli guna Bantuan SKAS.
SEMAK SYARAT LAYAK SKAS SARAWAK
Permohonan Sumbanga Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang diluluskan adalah dipilih berdasarkan syarat dan kriteria kelayakan seperti berikut :
Kelayakan Umum :
- Warganegara Malaysia dengan MyKad berstatus ‘K’;
- Beralamat dan menetap di Sarawak;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2024.
Kelayakan Kategori :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Balu / bercerai (mempunyai tanggungan anak / ibubapa);
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;
- Warga Emas :
- Bujang / Balu / Ibu Bapa Tunggal (tiada anak);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang :
- Belum berkahwin; atau
- Balu / bercerai (tiada tanggungan);
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK 2025
Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK (RM) |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM5,000 sebulan | 800.00 |
Warga Emas Pendapatan Bawah RM5,000 sebulan | 400.00 |
Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan | 250.00 |
CARA PENERIMAAN SKAS SARAWAK
Semua penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) secara tanpa tunai melalui baucar digital dalam aplikasi S Pay Global yang boleh digunakan untuk pembelian baragan keperluan asas.
Berikut merupakan cara tuntut dan guna Bantuan SKAS bagi penerima yang layak :
- Muat turun aplikasi S Pay Global dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda berdasarkan maklumat yang diperlukan.
- Tuntut bayaran Bantuan SKAS melalui S Pay Global.
- Sekiranya berjaya, tunggu bayaran dimasukkan.
- Setelah dimasukkan, pergi ke kedai yang mempunyai sistem bayaran tanpa tunai.
- Beli barang keperluan yang diperlukan.
- Buat bayaran guna Kod QR S Pay Global.
- Selesai.
SEMAK SKAS SARAWAK 2025
Status kelayakan permohona Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi SKAS seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi SKAS Sarawak di sini : https://www.sarawak.gov.my/home/skas/index.html.
- Anda akan dipaparkan ke halaman utama SKAS Sarawak.
- Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Cari] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS SARAWAK
Ketahui soalan dan jawapan yang berkaitan SKAS Sarawak yang sering ditanya oleh pemohon :
- Adakah Bantuan SKAS Sarawak dibayar setiap bulan?
- Bantuan SKAS Sarawak hanya dibayar sekali sahaja.
- Berapa ramaikah rakyat yang layak terima Bantuan SKAS?
- Bantuan SKAS disasarkan kepada 850,000 rakyat di Sarawak.
- Bolehkah Bantuan SKAS dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh, penerima hanya perlu menggunakannya untuk pembayaran tanpa tunai (cashless) sahaja.
- Bolehkah Bantuan SKAS dipindah milik ke akaun lain?
- Bantuan SKAS yang dikreditkan dalam akaun e-Wallet penerima tidak boleh dipindah milik ke akaun e-Wallet orang lain.
- Bilakah bayaran Bantuan SKAS dimasukkan dalam e-Wallet?
- Setelah diluluskan, penerima perlu memuat turun aplikasi S Pay Global dan tuntut bayaran melalui e-Wallet tersebut.
INFO LANJUT
Artikel ini hanya menerangkan info-info berkaitan Bantuan SKAS yang dapat daripada Portal Rasmi SKAS sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Pusat Talikhidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]