SEMAK SKAS BAYARAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2026

SEMAK SKAS BAYARAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2026

Demi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk meneruskan lagi bayaran Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) kepada lebih ramai penerima.

Bagaimanakah semak bayaran SKAS? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN FASA 2

APA ITU SKAS?

SKAS adalah ringkasan daripada ‘Sumbangan Keperluan Asas Sarawak’ yang merupakan bantuan kewangan khas yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu rakyat Sarawak yang memerlukan.

📝 Tujuan SKAS :

  • Meringankan bebanan kewangan rakyat Sarawak.
  • Menampung kos pembelian barang keperluan asas.
  • Menyokong keperluan golongan B40 dan M40.

JUMLAH BANTUAN SKAS 2026

Kerajaan Negeri Sarawak akan agihkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SKAS
Isi RumahRM950
Warga Emas
(tiada pasangan)
RM500
BujangRM300
*Daripada jumlah di atas, ianya akan diagihkan kepada tiga (3) fasa dan setiap fasa akan dibayar sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMABAYARAN SETIAP FASA
Isi RumahFasa 1 : RM316
Fasa 2 : RM316
Fasa 3 : RM316
Warga Emas
(tiada pasangan)
Fasa 1 : RM166
Fasa 2 : RM166
Fasa 3 : RM166
BujangFasa 1 : RM100
Fasa 2 : RM100
Fasa 3 : RM100

TARIKH BAYARAN SKAS 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk tahun 2026 akan dilaksanakan pada tarikh seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026, Selasa
Fasa 2Belum diketahui
Fasa 3Belum diketahui
*Untuk tarikh bayaran Fasa 2 dan 3 akan dikemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi.

CARA BAYARAN SKAS 2026

Setiap penerima yang layak, akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui cara dan platform berikut :

CARA BAYARANPLATFORM PENERIMAAN
Tanpa tunai
*Baucar digital
Aplikasi S Pay Global

SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) :

  • Kelayakan Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Kelayakan Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

SEMAK KELAYAKAN SKAS 2026

Sebelum buat semakan kelayakan, pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.

Ikuti cara semak kelayakan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti berikut :

  1. Pergi ke laman rasmi SKAS di sini : https://sarawak.gov.my/.
  2. Klik pada [Semak Kelayakan].
  3. Log Masuk dengan akaun Sarawak ID anda.
  4. Klik pada butang [Teruskan].
  5. Kemudian, klik pada [Akaun Individu].
  6. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  7. Klik pada butang [Carian].
  8. Status kelayakan anda sebagai penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dipaparkan.
  9. Jika ‘Layak’, sila kemaskini maklumat di S Pay Global anda.
  10. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), pihak tuan / puan boleh buat rujukan melalui talian, e-mel dan laman rasmi pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sarawak.gov.my/home/skas/index.html.

Leave a Comment