SEMAK SARA RM100 2025 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!

SEMAK SARA RM100 2025 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!

SARA RM100 ONE-OFF membolehkan penerima mendapat manfaat dalam bentuk barangan keperluan untuk menyokong keperluan harian.

Bagaimanakah semak status layak atau tidak sara rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SENARAI BARANGAN SARA 2025 – PANDUAN LENGKAP CARA GUNA & BELI GUNA RM100 ONE OFF!

SEMAK KELAYAKAN SARA 2025

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Catatan : Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

JUMLAH BAYARAN SARA 2025

Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNJUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
Bujang
(STR & eKasih)
RM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNJUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi Rumah
(STR Sahaja)
RM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR Sahaja)
RM450RM50 (April – Disember)

MANFAAT PELAKSANAAN BANTUAN

Bantuan SARA yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh digunakan untuk membeli 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan, di lebih 7,300 premis runcit berdaftar.

SEMAK TARIKH PELAKSANAAN SARA 2025

Penyaluran bantuan SARA setiap bulan kepada penerima yang layak adalah mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
BULANAN SARA
TARIKH BAYARAN
RM100 ONE-OFF
Lulus STR & Berstatus eKasihJanuari – Disember 202531 Ogos 2025
Lulus STR SahajaApril – Disember 202531 Ogos 2025

SEMAK SARA RM100 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA RM100:

S : Adakah semua pemegang MyKad Warganegara Malaysia akan menerima SARA RM100?
J : Ya, SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, termasuk penerima sedia ada SARA 2025.

S : Bagaimanakah cara mohon SARA RM100?
J : SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada semua warganegara Malaysia yang layak melalui MyKad, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

2 thoughts on “SEMAK SARA RM100 2025 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!”

Leave a Comment