SEMAK SARA RM100 : CARA CHECK ONLINE LAYAK ATAU TIDAK
Pelaksanaan bantuan one-off RM100 kepada semua rakyat Malaysia menjadikan jumlah kredit yang diterima oleh penerima SARA sedia ada lebih tinggi untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara semak sara rm100 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SARA 2025 RM100 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN ONE OFF
APA ITU SARA RM100
Kerajaan telah mengumumkan bantuan SARA secara one-off sebanyak RM100 akan diberikan kepada SEMUA rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025, sempena sambutan Hari Kebangsaan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
 - Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
 
 - Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
 
 
Bermula 31 Ogos 2025, SETIAP rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan akan menerima SARA ONE-OFF RM100 secara automatik, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
CARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA RM100 ONLINE
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
 - Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
 - Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
 - Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
 - Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
 - Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
 - Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
 - Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
 - Status : Layak (jika anda layak)
 - Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
 - Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
 - Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
 
 - Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
 - Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
 - Selesai.
 
JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad penerima SARA STR secara bulanan bermula April – Disember 2025 seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH | 
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200/bulan | RM100/bulan | 
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan | RM50/bulan | 
| Bujang | RM50/bulan | – | 
MANFAAT SARA RM100
Pengkreditan SARA ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan bagi memenuhi keperluan harian seperti makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan, di lebih 4,100 premis berdaftar diseluruh Negara.
CARA TEBUS SARA RM100
Penerima boleh menggunakan kredit SARA STR atau SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
 - Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
 - Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA STR/ SARA ONE OFF.
 - Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
 - Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
 
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
 - Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
 - e-Mel : [email protected]
 
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
		
Saya sangat-sangat berterima kasih atas bantuan rm100 One off