SEMAK SARA ONLINE 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAK SARA ONLINE 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Kos perbelanjaan barangan keperluan asas sedikit sebanyak dapat diringankan dengan adanya inisiatif Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikreditkan pada setiap bulan kepada 5.4 juta penerima yang merupakan golongan B40 dan M40.

Bagaimanakah semak SARA online? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH TERKINI : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dibayar sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
(PENERIMA SEDIA ADA)
JUMLAH BANTUAN SARA
(PENERIMA BAHARU)
ISI RUMAHRM100 – RM200 sebulan
sehingga
RM2,100 setahun
RM100 sebulan
sehingga
RM900 setahun
WARGA EMASRM100 – RM150 sebulan
sehingga
RM1,650 setahun
RM50 sebulan
sehingga
RM450 setahun
BUJANGRM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun

CARA AGIHAN SARA ONLINE 2025

Pengagihan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) adalah secara ansur pada setiap bulan melalui cara berikut :

  • Dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

JADUAL AGIHAN SARA 2025

Berikut merupakan jadual agihan Bantuan SARA sepanjang tahun 2025 :

TARIKH AGIHAN SARAPENERIMA SEDIA ADAPENERIMA BAHARU
Agihan Sesi 1 :

15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
RM100 (Isi Rumah)
RM100 (Warga Emas)
RM50 (Bujang)
Agihan Sesi 2 :

1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
RM200 (Isi Rumah)
RM150 (Warga Emas)
RM50 (Bujang)
RM100 (Isi Rumah)
RM50 (Warga Emas)

KRITERIA PENERIMA SARA 2025

Kriteria-kriteria Penerima SARA (Sedia Ada) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
    • Isi Rumah;
    • Bujang; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan.

Kriteria-kriteria Penerima SARA (Baharu) :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
    • Isi Rumah; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAK SARA ONLINE 2025

Ikuti cara semakan status SARA secara online seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi SARA di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment