SEMAK RM100 DALAM MYKAD – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Berita gembira buat semua rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan untuk menyalurkan bantuan secara one off yang di kenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah semak rm100 dalam mykad? Anda boleh lihat info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN EWALLET DALAM MYKAD 2025 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SEMAK SYARAT KELAYAKAN RM100
Ini adalah syarat kelayakan bantuan SARA RM100 ONE-OFF 2025 seperti berikut:
- Setiap Pemegang MyKad Warganegara Malaysia.
- Berusia 18 tahun ke atas.
- Tanpa mengira pendapatan.
Penerima bantuan ini akan disalurkan secara automatik kepada setiap rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi kelayakan di atas. Anda tidak perlu buat sebarang permohonan.
TARIKH BAYARAN
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah Penghargaan SARA ini disalurkan bermula pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Untuk makluman anda, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan ianya SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025 ini.
SEMAK SENARAI BARANG RM100 DALAM MYKAD
Bantuan RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan di 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh Malaysia : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list. Senarai penuh barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA RM100 boleh di rujuk di sini : https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mee segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan diri.
- Produk kebersihan rumah.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
SEMAK RM100 DALAM MYKAD
Cara semak status boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 ONE-OFF 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian bantuan : 03 – 7720 1800 (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected].