SEMAK PENGHARGAAN SARA RM100 – SEMAKAN STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK
Perdana Menteri mengucapkan tanda Penghargaan kepada rakyat Malaysia melalui penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 setiap seorang rakyat melalui Kad Pengenalan (MyKad).
Bagaimanakah semak status Penghargaan SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PENGHARGAAN SARA BOLEH BELI APA – SEMAK SENARAI BARANG SEKARANG!
TARIKH PENGHARGAAN SARA RM100 MASUK
Bantuan Penghargaan SARA akan dimasukkan dan boleh digunakan mengikut tarikh berikut :
TARIKH MULA MASUK PENGHARGAAN SARA | TARIKH AKHIR GUNA PENGHARGAAN SARA |
---|---|
31 Ogos 2025 (Ahad) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
KRITERIA PENERIMA PENGHARGAAN SARA RM100
Bantuan Penghargaan SARA hanya diberikan kepada yang menepati kriteria berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 18 tahun dan ke atas (sehingga 31 Julai 2025);
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
SEMAK PENGHARGAAN SARA RM100
Ikuti cara semak status kelayakan Penghargaan SARA RM100 :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 800229112345.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merupakan contoh status kelayakan yang akan dipaparkan kepada penerima yang layak :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
CARA BELI BARANG GUNA PENGHARGAAN SARA RM100
Ikuti cara membeli barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan Penghargaan SARA seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran SARA (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.