SEMAKAN PENGHARGAAN SARA : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM100 ONE OFF 2025 SEKARANG
Individu yang memenuhi syarat kelayakan serta berstatus lulus dalam semakan di Portal SARA akan menerima RM100 ONE-OFF yang dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan di premis runcit berdaftar.
Bagaimanakah semak status layak atau tidak penghargaan sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BARANG SARA YANG BOLEH DIBELI : SEMAK SENARAI SEKARANG
PENGENALAN PENGHARGAAN SARA
Dalam ucapan penghargaan kepada rakyat pada 23 Julai 2025 yang lalu, YAB Perdana Menteri mengumumkan bantuan RM100 ONE-OFF akan diberikan secara tanpa tunai (cashless) kepada semua rakyat dewasa Malaysia melalui Program SARA.
Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima khusus untuk membeli Barangan Keperluan yang diluluskan seperti seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PENGHARGAAN SARA
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara AUTOMATIK kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, TANPA SEBARANG PERMOHONAN diperlukan.
TARIKH PENGKREDITAN PENGHARGAAN SARA
Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGHARGAAN SARA
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT PENGHARGAAN SARA
Penerima boleh menggunakan kredit RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan PENGHARGAAN SARA RM100 ONE OFF:
- Adakah semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima SARA RM100?
- Ya, RM100 ONE-OFF akan disalurkan kepada SETIAP warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas SECARA AUTOMATIK TANPA SEBARANG PERMOHONAN DIPERLUKAN.
- Bagaimanakah penghargaan SARA dilaksanakan?
- Bantuan akan dilaksanakan di bawah Program SARA dimana RM100 akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima khusus untuk dibelanjakan bagi barangan keperluan yang berdaftar di bawah program SARA.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]