SEMAK ONLINE PLKN 2026 : STATUS LAYAK SIRI 2

SEMAK ONLINE PLKN 2026 : STATUS LAYAK SIRI 2

Pemilihan pelatih bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 dilaksanakan secara sistematik melalui pemilihan rawak berkomputer berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Semakan status pelatih telah dibuka secara rasmi melalui sistem dalam talian ePLKN 3.0 bagi calon yang layak, khususnya kelahiran tahun 2008.

Calon yang berjaya dipilih akan mengikuti latihan selama kira-kira 45 hari, bermula sekitar April hingga Jun 2026, di kem latihan yang ditentukan oleh pihak JLKN. Selain itu, pelatih yang terpilih juga diwajibkan untuk membuat pengesahan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan bagi melengkapkan proses pendaftaran dan penempatan .

Sehubungan itu, semua calon disarankan untuk membuat semakan secara berkala bagi mengetahui status tawaran serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan penyertaan PLKN 2026.

Bagaimanakah cara semak online PLKN 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CEK DUIT BANTUAN TAMBAHAN STR 2026 : BAYARAN AKAN DIBERI HANYA UNTUK YANG LAYAK SAHAJA

TARIKH SEMAK ONLINE PLKN 2026 SIRI 2

Penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 boleh disemak secara online bermula pada:

TARIKHMASA
20 Februari 2026 (Jumaat)5.00 Petang

SEMAK ONLINE PLKN 2026

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026, ikuti semak secara online seperti di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
  5. Kemudian, Klik [Semak]
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
  8. Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
  9. Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
  10. Selesai.

JADUAL LATIHAN PLKN 2026 SIRI 2

Pelatih dan peserta yang terpilih akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 mengikut jadual latihan seperti berikut :

TARIKHTEMPOHLOKASI LATIHAN
25 April 2026 – 08 Jun 202645 hariKem Askar Wataniah (AW)
Rejimen 515, Kuala Lumpur
25 April 2026 – 08 Jun 202645 hariKem Askar Wataniah (AW)
Rejimen 505, Pekan Pahang

SENARAI LATIHAN PLKN 2026

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 akan melibatkan modul dan elemen berikut :

  1. Modul Fizikal : melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
  2. Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
  3. Elemen Khidmat Masyarakat : meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN 3.0 Siri 2/2026, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan PLKN 3.0 2026 yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my.

1 thought on “SEMAK ONLINE PLKN 2026 : STATUS LAYAK SIRI 2”

Leave a Comment