SEMAK NO TIN LHDN : ONLINE, LOGIN (INDIVIDU / SYARIKAT)
Setiap individu dan syarikat yang perlu membayar cukai pendapatan jika jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan oleh LHDN wajib memilik Nombor TIN sebagai pengenalan cukai yang diberikan oleh LHDN.
Bagaimanakah cara semak no tin lhdn? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: LOGIN MYSARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
APA ITU NO TIN LHDN?
No TIN ialah Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) iaitu nombor unik yang mempunyai 12 digit. Nombor ini diberikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kepada pembayar cukai (individu atau peniaga/syarikat).
Nombor ini penting untuk tujuan pelaporan, kutipan dan penilaian cukai. Setiap individu berumur 18 tahun dan ke atas serta pihak yang perlu membayar cukai wajib miliki TIN.
SIAPA WAJIB MILIKI NO TIN LHDN?
Kategori berikut wajib memiliki dan berdaftar no TIN :
- Warganegara atau bukan warganegara Malaysia.
- Berusia 18 tahun ke atas yang layak dikenakan cukai.
- Syarikat atau perniagaan (individu, syarikat Sdn. Bhd., perkongsian & PLT) yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
PENSTRUKTURAN NO TIN LHDN
Nombor TIN mestilah terdiri daripada 12 digit nombor khas seperti :
- 2 digit pertama – kod pemeriksaan cukai.
- 6 digit tengah – sebagai nombor siri pembayar cukai.
- 2 digit akhir – diguna sebagai kod kawalan semak rentas melalui algoritma khas.
CARA PERMOHONAN NO TIN LHDN
Permohonan Nombor TIN LHDN seperti berikut :
- Pendaftaran Automatik :
- Melalui potongan PCB secara automatik bagi pekerja.
- Syarikat yang berdaftar dengan SSM (MyCoID).
- Pendaftaran Manual / Online :
- Melalui Sistem e-Daftar di portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/
- Borang pendaftaran manual yang di hantar ke cawangan LHDN.
- Permohonan bagi individu bukan warganegara, perniagaan kecil, atau selain dari PCB.
Catatan : Proses permohonan Nombor TIN di e-Daftar akan mengambil masa dalam tempoh 3 hari bekerja.
SEMAK NO TIN LHDN
Semakan Nombor TIN LHDN secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi MyTax : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MyTax akan dipaparkan.
- Tekan menu [e-Daftar] dan semakan pendaftaran TIN akan dipaparkan.
- Pilih [Jenis Pembayar Cukai].
- Kemudian, masukkan [e-Mel] dan [Nombor Telefon Bimbit] yang telah berdaftar dengan LHDNM.
- Masukkan Frasa Keselamatan yang dipaparkan dengan betul di ruangan yang disediakan sebagai Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
- Klik [Cari].
- Maklumat [No TIN] dan [Lokaliti LHDNM] yang mengendalikan fail akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA DAFTAR E-FILING
Pendaftaran e-filing cukai boleh dilakukan secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi MyTax : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MyTax akan dipaparkan.
- Pilih [Jenis Pengenalan] contoh, Kad Pengenalan.
- Tekan [Hantar].
- Pilih menu [e-filing] dan Klik [e-Borang].
- Lengkap maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan.
- Setelah lengkapkan semua maklumat tersebut, tekan [Tandatangan & Hantar].
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih. Pihak kami hanya memberikan panduan mudah untuk semakan No TIN LHDN bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan.
Sebarang persoalan atau pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03-8911 1000
- Laman Rasmi LHDNM : https://www.hasil.gov.my/