SEMAK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Individu yang menepati syarat kelayakan dan disahkan layak akan menerima pelbagai manfaat bantuan, khususnya dalam bentuk barangan keperluan asas bagi menyokong perbelanjaan bulanan.

Bagaimanakah check baki mykasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : APA ITU EKASIH : DAFTAR / REGISTER / SEMAKAN STATUS (PANDUAN LENGKAP)

SEMAK MYSARA 2025

APA ITU MYSARA 2025?

MySARA 2025 ialah bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana :

  • Bantuan dikreditkan secara bulanan ke MyKad.
  • Membolehkan penerima membeli barang penerima membeli barangan asas di kedai runcit berdaftar dengan hanya menggunakan MyKad.

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBukan Penerima eKasih
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

KAEDAH SEMAKAN

Terdapat beberapa kaedah untuk semak status kelayakan mysara iaitu:

  • Portal Rasmi SARA; atau
  • Aplikasi MyKasih

SEMAK MYSARA 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

JUMLAH BAYARAN

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

TARIKH BAYARAN

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN SARA BULANANTARIKH LUPUT/TAMAT PROGRAM
Lulus STR & Berstatus eKasihBermula 15 Januari sehingga Disember 202531 Disember 2025
Lulus STR SahajaBermula 1 April sehingga Disember 202531 Disember 2025

Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.

SEMAK SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI DENGAN MYSARA 2025

Antara barangan asas yang boleh dibeli menggunakan MyKad MySARA ialah:

KATEGORI BARANGCONTOH
Makanan Asas
Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung /Biskut / Mee Segera
MinumanSusu / Milo / The / Nescafe
Makanan dalam TinSardin / Tuna / Kacang panggang
Bahan perasaSos / Kicap / Gula / Garam
Produk Kebersihan DiriUbat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
Ubat-ubatanPanadol / Ubat Batuk
Barangan PersekolahanAlat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
Produk Kebersihan RumahSabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYSARA 2025:

  1. Adakah MySARA boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Ia hanya sah digunakan untuk pembelian barangan asas.
  2. Bagaimana jika nama saya tidak tersenarai dalam semakan MySARA?
    • Anda mungkin tidak layak atau belum daftar STR. Semak semula di portal STR atau hubungi pihak berkaitan.
  3. Adakah baki MySARA boleh dibawa ke bulan depan?
    • Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dalam tempoh program sehingga 31 Disember 2025.
  4. Bagaimana cara semak kedai yang menerima MySARA?
    • Senarai kedai berdaftar boleh disemak di portal rasmi SARA.
  5. Adakah senarai barang MySARA sama di semua kedai?
    • Kategori barang asas yang diluluskan adalah sama, tetapi ketersediaan jenama barangan mungkin berbeza mengikut stok yang disediakan di kedai yang di kunjungi.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment