SEMAK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Pendekatan Kerajaan MADANI menyasarkan semula subsidi, telah memperoleh hasil penjimatan yang membolehkan ianya disalurkan kepada rakyat menerusi bantuan kewangan seperti Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) pada setiap bulan selama tempoh 9 hingga ke 12 bulan.

Bagaimanakah semakan status penerima MySARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH RAHMAH : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

KAEDAH KREDIT MYSARA 2025

Kerajaan telah menyelaraskan kaedah pengkreditan Bantuan MySARA kepada semua penerima di negeri-negeri berikut :

SENARAI NEGERI PENERIMAKAEDAH PENERIMAAN KREDIT
W.P Kuala Lumpur
Putrajaya
Selangor
Pahang
Kelantan
Terengganu
Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Perlis
Perak
Kedah
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
W.P Labuan
Bantuan MySARA dikreditkan secara
automatik melalui pengkreditan
tanpa tunai ke dalam
kad pengenalan (KP) penerima
pada setiap bulan khas untuk
pembelian barangan keperluan asas

TARIKH KREDIT MYSARA 2025

Pengkreditan Bantuan MySARA adalah pada setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH KREDIT
PENERIMA DAFTAR E-KASIH
TARIKH KREDIT
PENERIMA BUKAN E-KASIH
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

JUMLAH KREDIT MYSARA 2025

Jumlah Bantuan MySARA yang dikreditkan adalah bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima berikut :

  • Kategori Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak) :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH KREDIT
Bujang Daftar e-KasihRM50 setiap bulan (RM600 setahun)
Bujang Bukan e-Kasih
  • Kategori Isi Rumah Berpasangan / Tunggal (ada anak) :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH KEDIT
Isi Rumah Daftar e-KasihRM100/RM200 setiap bulan
(RM2,100 setahun)
Isi Rumah Bukan e-KasihRM100 setiap bulan (RM900 setahun)
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH KREDIT
Warga Emas Daftar e-KasihRM100/RM150 setiap bulan
(RM1,650 setahun)
Warga Emas Bukan e-KasihRM50 setiap bulan (RM450 setahun)

SEMAK MYSARA 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima MySARA seperti berikut :

  1. Sila layari laman web Portal Rasmi MySARA.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan MySARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment