SEMAK MYKASIH SECARA ONLINE : (2025) SEMAKAN STATUS ANDA

SEMAK MYKASIH SECARA ONLINE : (2025) SEMAKAN STATUS ANDA

Bagi memudahkan rakyat mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Kerajaan MADANI menyediakan Portal Rasmi MyKasih dan Aplikasi Rasmi MyKasih yang boleh diakses secara online melalui telefon bimbit sahaja.

Bagaimanakah cara semak status MyKasih secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK STATUS SEKARANG

CARA BAYARAN MYKASIH

Bayaran Bantuan MyKasih yang terbaru kepada semua 5.4 juta penerima melalui cara yang sama. Berikut merupakan cara bayaran MyKasih kepada semua penerima :

NEGERI PENERIMACARA BAYARAN MYKASIH
Semenanjung MalaysiaDibayar setiap bulan secara tanpa tunai
melalui akaun Kad Pengenalan (IC)
Sabah, Sarawak dan W.P LabuanDibayar setiap bulan secara tanpa tunai
melalui akaun Kad Pengenalan (IC)

SEMAK KELAYAKAN MYKASIH

Bantuan MyKasih setiap bulan diberikan khas kepada rakyat yang memenuhi antara dua (2) kelayakan berikut :

Kelayakan Penerima Sedia Ada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Kelayakan Penerima Baharu :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR BAYARAN MYKASIH

Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima kadar bayaran MyKasih yang berbeza. Berikut merupakan kadar bayaran MyKasih untuk tahun 2025 :

  • Kadar Bayaran Kepada Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN MYKASIH
Isi RumahRM100 – RM200 sebulan
sehingga
RM2,100 setahun
Warga EmasRM100 – RM150 sebulan
sehingga
RM1,650 setahun
BujangRM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun
  • Kadar Bayaran Kepada Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN MYKASIH
Isi RumahRM100 sebulan
sehingga
RM900 setahun
Warga EmasRM50 sebulan
sehingga
RM450 setahun

SEMAK MYKASIH SECARA ONLINE

Status kelayakan serta status bayaran Bantuan MyKasih boleh disemak dengan mudah dan cepat secara online melalui aplikasi rasmi MyKasih. Ikuti panduan lengkap cara semak status seperti berikut :

Cara Semak MyKasih Secara Online Melalui Portal :
  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih).
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
    • *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.
Cara Semak MyKasih Secara Online Melalui Aplikasi :
  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dalam IC akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

  1. Selain aplikasi MyKasih, dimanakah boleh semak status secara online?
    • Semakan status boleh dilakukan secara online melalui aplikasi MyKasih dan Portal Rasmi MyKasih.
  2. Berapakah jumlah penerima MyKasih yang berstatus ‘Layak’?
    • Penerima yang berstatus ‘Layak’ MyKasih setiap bulan adalah seramai 5.4 juta.
  3. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih untuk beli barang?
    • Pembelian barang keperluan guna Bantuan MyKasih adalah sah sehingga 31 Disember 2025.
  4. Bagaimanakah permohonan Bantuan MyKasih secara online?
    • Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada penerima STR dan tersenarai dalam rekod data eKasih.
  5. Bolehkah Bantuan MyKasih digunakan secara tunai?
    • Tidak boleh. setiap pembelian hanya boleh dilakukan secara tanpa tunai menggunakan IC.

RUJUKAN

Informasi dalam artikel ini dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, sila rujuk pihak MyKasih seperti berikut :

Leave a Comment