SEMAK MYKASIH SARA RM100 : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE KELAYAKAN PENERIMA

SEMAK MYKASIH SARA RM100 : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE KELAYAKAN PENERIMA

Bagaimanakah cara semak status untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih SARA yang bernilai RM100 secara online? Ikuti panduan dan maklumat yang lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK MYKASIH SARA RM100

SEMAK MYKASIH SARA RM100 : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE KELAYAKAN PENERIMA

MyKasih SARA atau rasminya diperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah sebagai sebuah bantuan tambahan bersasar bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kerajaan MADANI telah menambah peruntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia sebagai tanda penghargaan. Setiap penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas.

SEMAK STATUS KELAYAKAN MYKASIH SARA RM100

Berikut merupakan cara semakan status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara online melalui laman web Portal Rasmi MyKasih :

  1. Sila layari laman web Portal Rasmi MyKasih SARA; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN] di halaman utama tersebut.
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor ‘Kad Pengenalan’ pada ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  8. Selesai.

KADAR BANTUAN MYKASIH SARA

Bukan semua penerima akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang sama (RM100). Malah, kadar bayaran bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  1. KATEGORI ISI RUMAH :
  • Isi Rumah Miskin Tegar (Daftar STR & eKasih) :
    • RM200 setiap bulan (ketua isi rumah).
  • Isi Rumah Asas (Daftar STR sahaja) :
    • RM100 setiap bulan (ketua isi rumah).
  • Semua Isi Rumah :
    • RM100 sekali bayar (suami).
    • RM100 sekali bayar (isteri).

2. KATEGORI WARGA EMAS :

  • Warga Emas Miskin Tegar (Daftar STR & eKasih) :
    • RM150 setiap bulan.
  • Warga Emas Asas (Daftar STR sahaja) :
    • RM50 setiap bulan.
  • Semua Warga Emas :
    • RM100 sekali bayar.

3. KATEGORI BUJANG :

  • Bujang Miskin Tegar (Daftar STR & eKasih) :
    • RM50 setiap bulan.
  • Bujang Asas (Daftar STR sahaja) :
  • Semua Bujang :
    • RM100 sekali bayar.

TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA RM100

Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dilaksanakan pada tarikh-tarikh yang disenaraikan berikut :

  • Tarikh Bayaran MyKasih SARA Setiap Bulan :
    • 15 Januari 2025.
    • 1 Februari 2025.
    • 1 Mac 2025.
    • 1 April 2025.
    • 1 Mei 2025.
    • 1 Jun 2025.
    • 1 Julai 2025.
    • 1 Ogos 2025.
    • 1 September 2025.
    • 1 Oktober 2025.
    • 1 November 2025.
    • 1 Disember 2025.
  • Tarikh Bayaran MyKasih SARA Sekali Bayar (One-Off) :
    • 31 Ogos 2025.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH SARA

Berikut merupakan antara soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan MyKasih SARA :

1. Bagaimanakah cara penerimaan Bantuan MyKasih SARA?

Semua penerima akan menerima bayaran Bantuan MyKasih SARA secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (MyKad).

2. Apakah barang yang boleh dibeli dengan Bantuan MyKasih SARA?

Antara barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan Bantuan MyKasih SARA adalah Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

3. Bolehkah membeli barangan keperluan asas melebihi kadar Bantuan MyKasih SARA?

Penerima disarankan membuat pembelian barangan keperluan asas tidak melebihi kadar Bantuan MyKasih SARA dan sekiranya melebihi kadar, penerima perlu membayarnya secara tunai.

4. Bolehkah Bantuan MyKasih SARA dalam MyKad dikeluarkan secara tunai?

Tidak boleh. Penerima hanya dibenarkan membuat pembelian secara tanpa tunai menggunakan MyKad sahaja.

5. Adakah perlu mengemukakan permohonan untuk terima Bantuan MyKasih SARA?

Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment