SEMAK MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Penambahbaikan sistem pengkreditan Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) yang mana ianya telah diselaraskan bagi memudahkan penerimaan bantuan kepada semua rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan.
Bagaimanakah semak MyKasih terkini secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA ONLINE TERKINI : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
TARIKH KREDIT MYKASIH TERKINI 2025
Pengkreditan Bantuan MyKasih yang terkini adalah pada tarikh berikut :
- 01 Julai 2025 (Selasa).
*Kesemua penerima sedia ada dan baharu akan menerima Bantuan MyKasih pada tarikh yang sama seperti di atas.
CARA AGIHAN MYKASIH TERKINI 2025
Seramai lebih 5.4 juta penerima sedia ada dan baharu daripada pelbagai daerah dan negeri seluruh Malaysia (termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) akan menerima pengkreditan Bantuan MyKasih secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan diri (MyKad) untuk pembelian barangan keperluan asas.
AMAUN KREDIT MYKASIH TERKINI 2025
Berikut merupakan amaun Bantuan MyKasih yang akan dikreditkan pada 1 Julai 2025 kepada setiap kategori penerima sedia ada dan baharu :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Penerima Sedia Ada (Daftar eKasih) : RM200.
- Isi Rumah Penerima Baharu (Bukan eKasih) : RM100.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warga Emas Penerima Sedia Ada (Daftar eKasih) : RM150.
- Warga Emas Penerima Baharu (Bukan eKasih) : RM50.
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang Penerima Sedia Ada (Daftar eKasih) : RM50.
- Bujang Penerima Baharu (Bukan eKasih) : -.
SEMAK MYKASIH ONLINE TERKINI 2025
Sila layari Laman Rasmi MyKasih atau klik pada pautan di bawah untuk semakan secara online :
- Pautan Laman Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my.
Ikuti panduan cara semakan status penerima di Laman Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN] yang tertera pada halaman utama MyKasih.
- Anda akan dipaparkan ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Isikan pada ruangan ‘Nombor MyKad*’ dengan 12 digit nombor kad pengenalan anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status anda akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’.
- Klik pada [Semakan.Kelayakan] sekiranya status anda memaparkan ‘No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’.
- Halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Sila [Log Masuk] menggunakan akaun ID yang telah anda daftarkan.
- Bahagian Profil anda akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih) akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan panduan cara guna Bantuan MyKasih untuk pembelian :
- Kunjungi kedai runcit atau pasaraya terpilih (ada label MyKasih).
- Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli (rujuk label MyKasih pada rak tanda harga).
- Berikan kad pengenalan (MyKad) kepada juruwang untuk pengesahan penerima MyKasih.
- Setelah disahkan, juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Masukkan 6 digit nombor PIN MyKad yang anda tetapkan.
- Seterusnya, juruwang akan mengesahkan bayaran menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.