SEMAK MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAK MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Kini sistem MyKasih segalanya di hujung jari sahaja kerana ianya dapat memudahkan rakyat untuk mengakses bagi semakan kelayakan serta semakan bayaran boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja melalui laman web rasmi dan aplikasi MyKasih yang rasmi.

Bagaimanakah semak MyKasih online terkini? Rujuk panduan lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYAR STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SISTEM TRANSAKSI MYKASIH ONLINE TERKINI 2025

Sistem transaksi Bantuan MyKasih yang terkini adalah secara menyeluruh kepada semua penerima di seluruh Malaysia iaitu dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) dan penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai terpilih.

TARIKH MASUK KREDIT MYKASIH TERKINI 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih yang terkini adalah pada tarikh seperti berikut :

  • Bermula pada 01 JUN 2025, AHAD.

AMAUN MYKASIH YANG TERKINI DIKREDITKAN

Bantuan MyKasih yang terkini dikreditkan adalah sebanyak amaun berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHAMAUN TERKINI
DIKREDITKAN
Isi Rumah Miskin & Miskin TegarRM200
Isi Rumah Asas Bukan MiskinRM100
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGAMAUN TERKINI
DIKREDITKAN
Bujang Miskin & Miskin TegarRM50
Bujang Asas Bukan Miskin
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASAMAUN TERKINI
DIKREDITKAN
Warga Emas Miskin & Miskin TegarRM150
Warga Emas Asas Bukan MiskinRM50

SEMAK MYKASIH ONLINE TERKINI 2025

Untuk semakan kelayakan penerima Bantuan MyKasih, sila layari laman web rasmi MyKasih di bawah dan ikuti panduan semakan berikut :

  1. Pada halaman utama MyKasih, sila klik butang [SEMAK KELAYAKAN] di sebelah kanan.
  2. Anda akan dipaparkan ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan anda tanpa sempang (-).
  4. Kemudian, klik butang [Semakan Status] di bawah.
  5. Status kelayakan anda sebagai penerima MyKasih akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAK BAKI MYKASIH ONLINE TERKINI 2025

Baki Bantuan MyKasih hanya boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih. Bagi yang belum muat turun, sila muat turun terlebih dahulu. Kemudian, ikuti panduan semakan baki seperti berikut :

  1. Buka aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment