SEMAK MYKASIH DALAM MYKAD : (2025) SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sebulan hanya sekali sahaja kerajaan akan mengkreditkan Bantuan MyKasih dalam MyKad penerima yang ‘Layak’ dan setiap penerima boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas pada bila-bila masa dan di mana-mana kedai terpilih sahaja. Namun, penerima perlu memastikan baki mengcukupi untuk setiap pembelian.
Bagaimanakah semak MyKasih dalam MyKad? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA PEMBAYARAN DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
KADAR KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD
Kadar pengkreditan Bantuan MyKasih dalam MyKad dilaksanakan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR KREDIT SETIAP BULAN | KADAR KREDIT SETAHUN |
---|---|---|
Isi Rumah Daftar eKasih | RM100 (3 bulan) RM200 (9 bulan) | RM2,100 |
Isi Rumah Bukan eKasih | RM100 (9 bulan) | RM900 |
Warga Emas Daftar eKasih | RM100 (3 bulan) RM150 (9 bulan) | RM1,650 |
Warga Emas Bukan eKasih | RM50 (9 bulan) | RM450 |
Bujang Daftar eKasih | RM50 (12 bulan) | RM600 |
Bujang Bukan eKasih | – | – |
TARIKH KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD
Pengkreditan Bantuan MyKasih dalam MyKad penerima adalah sebulan sekali sahaja mengikut pada tarikh berikut :
TARIKH KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD PENERIMA DAFTAR EKASIH | TARIKH KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|
15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 | 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
LANGKAH PEMBELIAN MYKASIH DALAM MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad adalah melalui langkah-langkah berikut :
BIL. | LANGKAH PEMBELIAN GUNA MYKASIH DALAM MYKAD |
---|---|
1. | Kunjungi kedai terpilih MyKasih yang berhampiran |
2. | Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli (rujuk label MyKasih) |
3. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima |
4. | Setiap barangan yang dipilih akan diimbas oleh juruwang |
5. | Masukkan 6-digit nombor PIN MyKad |
6. | Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan |
7. | Resit bayaran akan diberikan |
SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH DALAM MYKAD
Status penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih dalam MyKad boleh disemak di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’, sila buat semakan pada Portal Rasmi STR.
SEMAK BAKI MYKASIH DALAM MYKAD
Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad hanya boleh disemak melalui aplikasi mudah alih MyKasih sahaja. Ikuti panduan semakan baki seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.