SEMAK MY SARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih disalurkan setiap bulan kepada individu yang layak dengan kadar ditetapkan mengikut kelayakan penerima, serta tambahan bantuan one-off RM100 yang akan dilaksanakan pada 31 Ogos 2025.
Bagaimanakah cara semak status layak atau tidak my sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA ONE OFF SEMAKAN 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SIAPAKAH LAYAK MENERIMA MY SARA 2025
Kelayakan penerima SARA STR 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Kelayakan penerima SARA RM100 ONE-OFF 2025 (Sekali Bayaran) adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusi 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan;
SARA ONE-OFF sebanyak RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia pada 31 Ogos 2025, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
CARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK MY SARA 2025 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Status kelayakan SARA STR bulanan boleh disemak bila-bila masa, manakala kelayakan SARA one-off RM100 boleh disemak di Portal MyKasih mulai 21 Ogos 2025.
SEMAK KADAR BAYARAN BULANAN MY SARA 2025
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima pada 31 Ogos 2025.
CARA PELAKSANAAN MY SARA 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan seperti berikut:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan; dan
- Peralatan Sekolah
SEMAK CARA TEBUS MY SARA
Penerima boleh menggunakan kredit SARA STR atau SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA STR/ SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara