SEMAK MY KASIH ONLINE 2025

SEMAK MY KASIH ONLINE 2025

Bagi memudahkan urusan rakyat untuk membuat semakan status, jumlah baki, dan cara guna Bantuan MyKasih, pihak Kerajaan MADANI menyediakan Portal Rasmi dan Aplikasi MyKasih yang boleh diakses untuk semakan secara online.

Ikuti panduan cara semak My Kasih secara online di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE : SENARAI & JUMLAH BAYARAN

SEMAK MY KASIH ONLINE

KAEDAH TERIMA MY KASIH 2025

Setiap penerima yang layak seluruh Malaysia akan terima Bantuan MyKasih melalui kaedah berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH TERIMA MYKASIH
Semenanjung MalaysiaDiterima secara automatik dalam
Kad Pengenalan (MyKad) penerima
dan boleh digunakan untuk beli barang
keperluan setiap bulan
Sabah, Sarawak & W.P LabuanDiterima secara automatik dalam
Kad Pengenalan (MyKad) penerima
dan boleh digunakan untuk beli barang
keperluan setiap bulan

JUMLAH BAYARAN MY KASIH 2025

Jumlah bayaran MyKasih setiap bulan adalah bergantung kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI
KELAYAKAN
PENERIMA
PENERIMA MISKIN TEGARPENERIMA BUKAN MISKIN
ISI RUMAHRM100 – RM200 sebulanRM100 sebulan
WARGA EMASRM100 – RM150 sebulanRM50 sebulan
BUJANGRM50 sebulan

TARIKH BAYARAN MY KASIH 2025

Penerima Miskin Tegar dan Bukan Miskin akan terima bayaran MyKasih pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :

TARIKH BAYARAN
PENERIMA MISKIN TEGAR
TARIKH BAYARAN
PENERIMA BUKAN MISKIN
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 20251 April 2025
1 Mei 20251 Mei 2025
1 Jun 20251 Jun 2025
1 Julai 20251 Julai 2025
1 Ogos 20251 Ogos 2025
1 September 20251 September 2025
1 Oktober 20251 Oktober 2025
1 November 20251 November 2025
1 Disember 20251 Disember 2025

SEMAK MY KASIH ONLINE 2025

Status kelayakan penerima MyKasih boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi dan aplikasi yang boleh diakses melalui telefon bimbit sahaja. Ikuti cara semakan MyKasih secara online seperti berikut :

Cara Semak My Kasih Online (Portal Rasmi)
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my/.
  2. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  4. Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang (-).
  5. Tunggu ‘Verify as human’ disahkan.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.
Cara Semak My Kasih Online (Aplikasi)
  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu :
    • [Penghargaan SARA One-Off] dan
    • [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  4. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  6. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  7. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  8. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance].
  9. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  10. Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang (-).
  11. Tandakan pada butang [Verify you are human].
  12. Klik [Semakan Status].
  13. Status penerima akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MY KASIH

Berikut merupakan soalan lazim (faq) yang sering ditanya berkaitan Bantuan MyKasih :

  1. Adakah baki kredit MyKasih dalam MyKad boleh dibawa ke bulan seterusnya?
    • Ya. Baki kredit MyKasih boleh dikumpulkan ke bulan berikutnya.
  2. Bolehkah Bantuan MyKasih dipindah milik kepada orang lain?
    • Tidak boleh.
  3. Adakah bukan warganegara Malaysia juga layak terima Bantuan MyKasih?
    • Hanya Warganegara Malaysia sahaja layak terima Bantuan MyKasih.
  4. Berapa ramaikah penerima yang layak terima Bantuan MyKasih setiap bulan?
    • Pada tahun 2025, Bantuan MyKasih disasarkan kepada 5.4 juta penerima.
  5. Bila tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih?
    • 31 Disember 2025.

INFO LANJUT

Informasi dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk info lebih lanjut berkaitan Bantuan MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment