SEMAK KEPUTUSAN UPU 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Masih ramai antara ibubapa dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mengetahui keputusan permohonan UPU untuk kemasukkan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membuka semakan selama 10 hari.
Bagaimanakah semak keputusan UPU? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK ONLINE PLKN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
TARIKH SEMAK KEPUTUSAN UPU 2025
Semakan keputusan UPU bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengetahui kelayakan kemasukan ke Universiti Awam (UA) telah dibuka bermula 16 Jun 2025 (Jam 12 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025 (Jam 5.00 petang) sahaja.
PENGESAHAN KEPUTUSAN UPU 2025
Para pelajar yang berjaya ditawarkan bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT, pelajar diwajibkan membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran‘ dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan, pelajar dianggap menolak tawaran.
SEMAK KEPUTUSAN UPU 2025
Untuk semakan keputusan UPU, terdapat dua (2) cara semakan yang mudah, iaitu melalui Portal UPUOnline dan aplikasi UPUPocket. Ikuti kedua-dua panduan berikut :
Panduan Semakan Keputusan UPU di portal UPUOnline :
- Pilih salah satu (1) pautan semakan di bawah :
- UTM : https://jpt.utm.my/
- UUM : https://jpt.uum.edu.my/
- UNIMAS : https://jpt.unimas.my/
- UMS : https://jpt.ums.edu.my/
- UMT : https://jpt.umt.edu.my/
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
- Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
- Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Keputusan UPU di aplikasi UPUPocket :
- Muat turun aplikasi UPUPocket dalam Google Play atau App Store.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Keputusan permohonan UPU akan dipaparkan.
- Selesai.
PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025
Permohonan rayuan UPU hanya dibuka selama 10 hari sahaja bermula pada 16 Jun 2025 (Jam 12 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025 (Jam 5.00 petang) kepada pelajar yang :
- Pelajar yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan untuk mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan ini : https://upu.mohe.gov.my.
- Bagi permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, pelajar perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi tersebut tanpa perlu melalui UPUOnline.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Nombor talian : 03-8684 2363
- Alamat e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.