SEMAK KELAYAKAN SYUKUR SABAH : BAYARAN FASA 3 2025 (RM900)
Seramai 100,000 golongan miskin dan miskin tegar Sabah disahkan layak menerima bantuan tunai menerusi Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR Sabah) secara berfasa sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semak kelayakan syukur sabah? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KELAYAKAN PEKA B40 2025

APA ITU SYUKUR SABAH?
Bantuan Sabah / PADANS / SYUKUR (Sentuhan Kasih Rakyat) merupakan :
- Program Bantuan Tunai Kerajaan Negeri Sabah;
- Dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat;
- Diagihkan secara berfasa;
- Kepada ketua isi rumah miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih dan sistem PADANS;
- Bertujuan meringankan beban kewangan penerima terutama untuk pebelanjaan barangan asas.
APAKAH SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3, 4) iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.
TARIKH & FASA BAYARAN
Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | Januari – Mac 2025 |
Fasa 2 | April – Jun 2025 |
Fasa 3 | Julai – September 2025 |
Fasa 4 | Oktober – Disember 2025 |
Catatan : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
- Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp penerima; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SEMAK KELAYAKAN SYUKUR SABAH
Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang [Semak].
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://syukur.sabah.gov.my/
- Masukkan (Nombor MyKad*) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:
- Berapa jumlah bayaran SYUKUR Sabah?
- Kadar bayaran adalah RM300 Setiap Bulan. Namun, pembayaran dilakukan secara berfasa sebanyak RM900 (setiap fasa), bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak (RM300 + RM300 + RM300 = RM900).
- Bila semakan kelayakan SYUKUR Sabah dibuka?
- Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk setiap Fasa Pembayaran dibuka bermula tarikh pembayaran fasa diumumkan.
- Bolehkah saya semak kelayakan menggunakan telefon pintar?
- Ya, semakan boleh dibuat di Portal Rasmi SYUKUR Sabah menggunakan telefon bimbit.
- Adakah bantuan ini hanya untuk warga Sabah?
- Ya, KIR yang menetap di Sabah dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan menerima bantuan ini.
- Bagaimana jika nama saya tiada dalam senarai penerima SYUKUR Sabah?
- Anda boleh menghubungi saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]