SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL (RON95)

SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL (RON95)

Dianggarkan seramai 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal layak menerima subsidi petrol RON95 2025. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui platform rasmi yang disediakan kerajaan bagi memastikan penerima tidak terlepas menikmati harga RON95 bersubsidi.

Bagaimanakah cara semak kelayakan subsidi petrol ron95? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BUDI MADANI RON95 : SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN

SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL

APA ITU SUBSIDI PETROL?

Subsidi petrol merupakan penyasaran subsidi petrol RON95 oleh Kerajaan untuk rakyat Malaysia sebagai satu langkah untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global.

Subsidi khas ini boleh dinikmati dengan menggunakan MyKad sebagai pengesahan identiti semasa pengisian minyak. Antara manfaatnya adalah :

  • Harga petrol RON95 dapat dinikmati oleh pengguna dengan lebih jimat iaitu dengan harga serendah RM1.99 seliter.

SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI PETROL?

Kelayakan penerima Budi Madani RON95 bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
  • Pemandu Kereta dan penunggang Motorsikal berdaftar di JPJ ;
  • Berusia 16 tahun dan ke atas;
  • Pekerja gig;

Catatan : Pastikan MyKad anda dapat digunakan dan tidak berlaku kerosakan pada cip.

KEPENTINGAN SUBSIDI

Pelbagai manfaat yang dapat diperoleh oleh penerima melalui pelaksanaan subsidi bersasar Petrol RON 95 ini, antaranya adalah :

  • Membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat;
  • Menangani ketirisan subsidi dan aktiviti penyeludupan;
  • Dapat mengoptimumkan sumber negara bagi manfaat rakyat;
  • Dapat mengurangkan pembaziran subsidi.

JUMLAH KELAYAKAN SUBSIDI PETROL

Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 dengan nilai serendah RM1.99 seliter.

SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :

  1. Kunjungi stesen minyak yang terdekat.
  2. Pergi ke kaunter bayaran.
  3. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
  4. Juruwang akan sahkan.
  5. Bayar mengikut liter yang anda inginkan secara tunai.
  6. Selesai.

TARIKH PELAKSANAAN

Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter dijangka akan dilaksanakan bermula penghujung September 2025. Namun, tarikh rasmi pelaksanaan belum dimuktamadkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak berwajib.

SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI PETROL

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI PETROL:

  1. Adakah semua pemilik MyKad layak dapat subsidi?
    • Tidak. Hanya warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan mempunyai kenderaan yang sah berdaftar.
  2. Bagaimana cara semak kelayakan subsidi petrol?
    • Semakan pengesahan kelayakan boleh dilakukan dengan menggunakan MyKad semasa pengisian minyak petrol, bermula pada tarikh pelaksanaan bantuan.
  3. Apa akan jadi jika MyKad tidak berfungsi di pam minyak?
    • Anda perlu tukar MyKad di JPN. Jika tidak, anda akan dikenakan harga pasaran tanpa subsidi.
  4. Bolehkah warga asing menikmati subsidi petrol?
    • Tidak. Subsidi ini hanya terhad kepada pemegang MyKad Warganegara Malaysia sahaja.
  5. Bila semakan kelayakan subsidi petrol boleh dibuat?
    • Semakan boleh dibuat sebaik sahaja program ini dilaksanakan, yang dijangka pada penghujung September 2025.

    RUJUKAN

    Kami hanya memberikan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan, yang dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan (MOF). Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib. https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof

    Leave a Comment