SEMAK KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025 : CHECK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAK KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025 : CHECK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Lanjutan Program MyKasih yang melaksanakan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) sebagai bantuan bersasar secara tanpa tunai (cashless) bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan B40 dan M40.

Bagaimanakah semak kelayakan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAK MYKASIH ONLINE TERKINI : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

Pada tahun 2025, terdapat dua (2) syarat kelayakan penerima SARA :

Kelayakan SARA sedia ada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Kelayakan SARA baharu :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA MyKasih diberikan kepada penerima 2025 :

JUMLAH BANTUAN SARA
PENERIMA SEDIA ADA
JUMLAH BANTUAN SARA
PENERIMA BAHARU
ISI RUMAH
(RM2,100 setahun)
ISI RUMAH
(RM900 setahun)
WARGA EMAS
(RM1,650 setahun)
WARGA EMAS
(RM450 setahun)
BUJANG
(RM600 setahun)
BUJANG
(tiada)

SEMAK KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima SARA MyKasih, ikuti panduan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JADUAL BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Pembayaran Bantuan SARA MyKasih adalah melalui kad pengenalan (MyKad) penerima dan dijadualkan pada tarikh berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
BAYARAN SESI 1
(JANUARI – MAC)
BAYARAN SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Penerima Sedia AdaIsi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Penerima BaharuIsi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan
Bujang : Tiada

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/

Leave a Comment