SEMAK KELAYAKAN SARA 2025 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100
Sebuah inisiatif Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan melalui akaun Kad Pengenalan (IC) yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semak kelayakan SARA? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : CEK SARA MYKASIH – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK RM100 ONE OFF
JUMLAH BAYARAN SARA 2025
Jumlah bayaran Bantuan SARA adalah mengikut kategori penerima berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA |
---|---|
Bujang | RM100 setiap seorang |
Isi Rumah | RM100 suami dan RM100 isteri |
Warga Emas | RM100 setiap seorang |
TARIKH BAYARAN SARA 2025
Bayaran Bantuan SARA akan dilaksanakan serentak pada tarikh berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penghargaan SARA One-off | 31 Ogos 2025 (Ahad) |
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan sebagai penerima SARA RM100 One-off :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas;
- Terbuka kepada semua tanpa mengira jumlah pendapatan.
SEMAK KELAYAKAN SARA 2025
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima SARA melalui semakan berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Sekiranya anda ‘Layak’, status anda akan dipaparkan seperti berikut :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.