SEMAK KELAYAKAN SARA : (2025) SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SARA Untuk Semua adalah slogan Kerajaan MADANI yang terbaru akan melaksanakan Bantuan SARA pada 31 Ogos 2025 kepada semua rakyat Malaysia termasuk kepada penerima Bantuan SARA sedia ada.
Bagaimanakah cara semak kelayakan SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : DUIT BANTUAN 100 BUJANG : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN SARA
Bantuan SARA rasminya diperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah sebagai bantuan tambahan bersasar yang khas untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat melalui penyaluran ke dalam kad pengenalan yang khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
Pada awalnya Bantuan SARA disalurkan secara ansur pada setiap bulan kepada golongan rentan yang berdaftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun kini, Kerajaan menambah peruntukan untuk disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN SARA
Kelayakan Penerima SARA Setiap Bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- (Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan); dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).
Kelayakan Penerima SARA Sekaligus (Untuk Semua) :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
JUMLAH BANTUAN SARA
Bantuan SARA Penerima Setiap Bulan :
KATEGORI | PENERIMA DAFTAR STR & EKASIH | PENERIMA DAFTAR STR SAHAJA |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 – RM200 setiap bulan | RM100 setiap bulan |
WARGA EMAS | RM100 – RM150 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
BUJANG | RM50 setiap bulan | – |
Bantuan SARA Penerima Sekaligus (Untuk Semua) :
KATEGORI | SEMUA RAKYAT MALAYSIA |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
WARGA EMAS | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
BUJANG | RM100 (individu) |
SEMAK KELAYAKAN SARA
Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan ikuti panduan semakan status di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://mykasih.com.my |
- Pada halaman utama Portal SARA, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Contoh : 890231112345.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status Penerima ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA)’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Bagi sebarang semakan status penerima SARA Untuk Semua adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
TARIKH BAYARAN SARA
Pembayaran Bantuan SARA dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
TARIKH BAYARAN SARA SETIAP BULAN | TARIKH BAYARAN SARA SEKALIGUS |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 31/08/2025 (Ahad) |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.