SEMAK KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Pelaksanaan program MyKasih Sara yang terbaru dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia menerima manfaat dalam bentuk berangan asas setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) yang dapat memudahkan penerima menerima bantuan terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan.
Bagaimanakah semak kelayakan MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS SARA MYKASIH : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025
Terdapat dua (2) syarat kelayakan MyKasih SARA, iaitu :
- SARA Daftar e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH PENERIMA MEMENUHI KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025
Penerima yang telah memenuhi kelayakan MyKasih SARA pada tahun 2025 adalah seramai berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Penerima SARA Daftar e-Kasih | 700,000 ribu penerima (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang) |
Penerima SARA Bukan e-Kasih | 4.7 juta penerima (Isi Rumah dan Warga Emas) |
= 5.4 juta penerima 2025 |
KADAR BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Kadar pembayaran MyKasih SARA adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :
KATEGOR PENERIMA | SARA DAFTAR E-KASIH | SARA BUKAN E-KASIH |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100/RM200 sebulan | RM100 sebulan |
WARGA EMAS | RM100/RM150 sebulan | RM50 sebulan |
BUJANG | RM50 sebulan | – |
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA 2025
PENERIMA SARA DAFTAR E-KASIH | PENERIMA SARA BUKAN E-KASIH |
---|---|
Dibayar setiap bulan selama 12 bulan | Dibayar setiap bulan selama 9 bulan |
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SEMAK KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025
Ikuti cara semak kelayakan penerima MyKasih SARA seperti berikut :
- Pautan Laman Web Rasmi MyKasih SARA : https://mykasih.com.my.
- Sila layari laman web rasmi MyKasih SARA di atas.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan* tanpa sengkang (-) contoh : 890230115678.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan “LAYAK” atau “No. MyKad Tiada Dalam Rekod”.
- Sekiranya status memaparkan “No. MyKad Tiada Dalam Rekod”, klik pada pautan [Semakan.Kelayakan].
- Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
- Log masuk akaun pemohon yang telah berdaftar.
- Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
B40 boleh ker