SEMAK KELAYAKAN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG (RM600 & RM900 & RM2100)
Selain dari barangan dapur, penerima Bantuan MyKasih yang layak juga boleh membeli barangan keperluan asas seperti produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan serta barangan persekolahan anak.
Bagaimanakah semak kelayakan MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA MYKASIH DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Kelayakan Sedia Ada :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah;
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Kelayakan Baharu :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAK KELAYAKAN MYKASIH 2025
Layari laman web rasmi MyKasih di bawah untuk semakan kelayakan :
- Laman Web Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my.
Ikuti panduan semakan kelayakan MyKasih seperti berikut :
- Pada halaman utama laman web MyKasih, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Anda akan dipaparkan ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Isikan ruangan nombor MyKad* tanpa sempang (-).
- Contoh : 900230113456.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status ‘Kelayakan’ penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’, klik pada pautan Semakan.Kelayakan dan anda akan dibawa ke bahagian log masuk STR untuk semakan lebih lanjut.
KADAR BAYARAN MYKASIH 2025
Kadar bayaran Bantuan MyKasih adalah bergantung kepada kelayakan penerima sedia ada dan baharu seperti berikut :
- RM450 setahun dibayar kepada Warga Emas (Penerima Baharu).
- RM600 setahun dibayar kepada Bujang (Penerima Sedia Ada).
- RM900 setahun dibayar kepada Isi Rumah (Penerima Baharu).
- RM1,650 setahun dibayar kepada Warga Emas (Penerima Sedia Ada).
- RM2,100 setahun dibayar kepada Isi Rumah (Penerima Sedia ada).
TEMPOH BAYARAN MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih adalah selama tempoh berikut :
- Penerima Sedia Ada akan menerima bayaran Bantuan MyKasih setiap bulan selama tempoh 12 bulan bermula pada 15 Januari 2025 sehingga 01 Disember 2025.
- Penerima Baharu akan menerima bayaran Bantuan MyKasih setiap bulan selama tempoh 9 bulan bermula pada 01 April 2025 sehingga 01 Disember 2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.