SEMAK KELAYAKAN BUDI95 2025 : CARA ISI MINYAK PETROL RON95 GUNA SUBSIDI
Rakyat Malaysia disarankan untuk pastikan cip Kad Pengenalan (MyKad) berfungsi dengan baik supaya identiti sebagai penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dapat disahkan dan boleh terus mengisi minyak Petrol RON95 dengan subsidi bernilai RM1.99 seliter.
Ketahui info lebih lanjut dan kelayakan Subsidi Minyak Petrol RON95 BUDI95 di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SKAS SARAWAK : BAYARAN RM250 & RM400 & RM800

PENGENALAN BUDI95
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji untuk penurunan harga minyak Petrol RON95 daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter melalui pelaksanaan subsidi bersasar iaitu BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Tetapi hanya rakyat Malaysia yang layak sahaja dapat subsidi BUDI95 ini. Rakyat yang tidak layak atau warga asing tidak boleh menggunakan subsidi BUDI95 dan perlu membayar harga semasa. Pendekatan ini wajar dan adil supaya tidak berlaku pembaziran subsidi.
Oleh itu, bagi memastikan hanya rakyat Malaysia yang layak sahaja dapat menikmati subsidi BUDI95 ini, MyKad rakyat digunakan untuk buat pengesahan sebelum membuat pembelian minyak petrol di mana-mana stesen minyak seluruh Malaysia.
TARIKH KUATKUASA BUDI95 2025
Berikut merupakan tarikh mula kuatkuasa inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) :
- Bermula 27 September 2025 : Anggota Polis dan Tentera.
- Bermula 28 September 2025 : Penerima STR Golongan B40.
- Bermula 30 September 2025 : Semua penerima.
*Penggunaan subsidi BUDI95 bukanlah dilaksanakan sehari sahaja pada tarikh di atas, namun tarikh di atas adalah permulaan penggunaan subsidi BUDI95 mengikut kelayakan.
SYARAT KELAYAKAN BUDI95 2025
Seramai 16 juta penerima dipilih layak untuk menggunakan subsidi minyak Petrol RON95 (BUDI95) adalah dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur bermula 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai lesen memandu sah dan masih aktif;
- Kenderaan jenis persendirian (kereta / motorsikal).
TARIKH SEMAK KELAYAKAN BUDI95
Walaupun Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilaksanakan bermula 27, 28 dan 30 September 2025, semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak menggunakan subsidi BUDI95 boleh dilakukan bermula pada 25 September 2025 (Khamis).
Pendekatan membuka semakan awal adalah supaya rakyat mengetahui status kelayakan lebih awal dan boleh terus membeli minyak petrol RON95 dengan menggunakan subsidi pada tarikh yang ditetapkan tanpa perlu menghadapi kesesakan di stesen minyak.
CARA SEMAK KELAYAKAN BUDI95 2025
Bermula 25 September 2025, anda boleh mula membuat semakan kelayakan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) melalui Portal Rasmi sahaja. Ikuti cara semakan kelayakan BUDI95 seperti berikut :
- Layari laman web Portal Rasmi BUDI95 di sini : https://www.budimadani.gov.my/.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan bersama baki kuota 300 liter.
- Selesai.
*Cara semakan di atas hanyalah rekaan, namun apabila semakan telah dibuka esok, pihak kami akan segera kemaskini cara semakan yang betul.
Semakan kelayakan BUDI95 secara online melalui aplikasi syarikat minyak juga boleh dilakukan seperti berikut :
- Muat turun aplikasi syarikat minyak.
- Contoh aplikasi ‘Setel’ untuk Petronas.
- Daftar akaun anda mengikut maklumat yang diperlukan.
- Sahkan akaun anda dengan MyKad.
- Klik pada ikon [BUDI95].
- Seterusnya klik pada butang [Check Eligibility / Semak Kelayakan].
- Status kelayakan akan dipaparkan bersama kuota sebulan 300 liter.
- Selesai.
Atau anda juga boleh buat semakan secara manual di stesen minyak terdekat seperti berikut :
- Kunjungi stesen minyak yang terdekat dengan anda.
- Masukkan MyKad pada mesin Terminal Pembaca MyKad di pam; atau
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Status anda akan segera disahkan sekiranya layak.
- Layak BUDI95 RM1.99 seliter.
- Selesai.
CARA GANTI MYKAD BAHARU
Bagi individu yang gagal membuat semakan kerana MyKad yang mempunyai masalah seperti patah / retak / calar atau cip tidak boleh dibaca, anda perlu membuat gantian MyKad yang baharu melalui empat (4) cara berikut :
- Hadirkan diri ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di cawagan terdekat anda;
- Hubungi MyPhone-In di talian : 03-88808066; atau
- Layari Portal Rasmi JPN e-Services : https://www.jpn.gov.my/my/e-services; atau
- Kunjungi Bas / Van bergerak JPN terdekat.
Bagi yang ingin membuat gantian MyKad di kaunter JPN, pastikan berpakaian kemas dan bawa bersama MyKad asal dan bil utiliti terkini untuk alamat. Ikuti cara-cara berikut :
- Pergi ke cawangan JPN terdekat.
- Ambil nombor giliran dengan memilih kategori [ROSAK].
- Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
- Serahkan MyKad asal yang rosak bersama dokumen yang diperlukan.
- Bayar caj penggantian.
- RM40 untuk MyKAS dan MyPR;
- RM10 untuk MyKad.
- Tunggu sehingga MyKad baharu siap.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95
Berikut merupakan soalan lazim (faq) berkaitan subsidi BUDI95 :
- Berapakah jumlah perbezaan harga petrol dengan subsidi baharu dan tanpa subsidi?
- Harga dengan subsidi baharu : RM1.99 seliter.
- Harga tanpa subsidi baharu : sekitar RM2.60 seliter.
- Bilakah harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter?
- Bermula 30 September 2025, Selasa.
- Berapakah harga petrol RON95 yang perlu dibayar oleh warga asing?
- Warga asing perlu membayar harga petrol RON95 tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.
- Dimanakah boleh memohon subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95)?
- Tiada sebarang permohonan diperlukan kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak.
- Berapakah yang perlu dibayar jika petrol 20 liter dengan subsidi BUDI95?
- Sekiranya anda ingin mengisi minyak petrol sebanyak 20 liter dengan subsidi BUDI95, anda perlu bayar sebanyak RM39.80 sahaja.
INFO LANJUT
Kami hanya berkongsikan informasi terkini berkaitan Bantuan Kerajaan seperti BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Namun, anda boleh ketahui info lebih lanjut melalui pihak berwajib seperti berikut :
- Portal Rasmi BUDI95 : https://www.budimadani.gov.my/.