SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)

Kad Pengenalan (MyKad) rakyat Malaysia mempunyai cip yang berfungsi sebagai kad pintar yang boleh digunakan untuk kad tanpa tunai (touch n’ go) dan kini boleh menerima dan menggunakan Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad bagi pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH SETIAP BULAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad penerima adalah sebanyak berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR PENGKREDITAN
DALAM MYKAD
Isi Rumah Miskin & Miskin TegarRM2,100 setahun
Isi Rumah Asas Bukan MiskinRM900 setahun
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGKADAR PENGKREDITAN
DALAM MYKAD
Bujang Miskin & Miskin TegarRM600 setahun
Bujang Asas Bukan Miskin
  • KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR PENGKREDITAN
DALAM MYKAD
Warga Emas Miskin & Miskin TegarRM1,650 setahun
Warga Emas Asas Bukan MiskinRM450 setahun

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025

Antara kegunaan Bantuan MyKad adalah untuk pembelian barangan keperluan asas berikut :

  • Barang Dapur :
    • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
  • Produk Kebersihan :
    • Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM
  • Barang Sekolah :
    • Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MyKad sepanjang tahun 2025 :

JENIS KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT BANTUAN
Penerima Miskin & Miskin TegarSetiap bulan :
15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025
Penerima Asas Bukan MiskinSetiap bulan :
1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025

Ikuti semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKad seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAK BAKI BANTUAN MYKAD 2025

Baki bantuan yang ada dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment