SEMAK BUDI MADANI RON95 : SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN
Kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi bagi penurunan harga petrol RON95 yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang layak, melibatkan kira-kira 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal.
Bagaimanakah semak budi madani ron95? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RAHMAH RM100 MYKAD : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BUDI MADANI RON95?
Kerajaan bakal melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 untuk rakyat Malaysia yang layak dalam masa terdekat, sebagai satu langkah untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global. Melalui pelaksanaan inisiatif ini, harga petrol RON95 dapat dinikmati oleh pengguna dengan lebih jimat iaitu dengan harga serendah RM1.99 seliter.
Subsidi khas ini boleh dinikmati dengan menggunakan MyKad sebagai pengesahan identiti semasa pengisian minyak
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima Budi Madani RON95 bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Pemandu Kereta dan penunggang Motorsikal berdaftar di JPJ ;
- Berusia 16 tahun dan ke atas;
- Pekerja gig;
Catatan : Pastikan MyKad anda dapat digunakan dan tidak berlaku kerosakan pada cip.
JUMLAH BANTUAN SUBSIDI
Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 dengan nilai serendah RM1.99 seliter.
SEMAK BUDI MADANI RON95
Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :
- Kunjungi stesen minyak yang terdekat.
- Pergi ke kaunter bayaran.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan sahkan.
- Bayar mengikut liter yang anda inginkan secara tunai.
- Selesai.
MANFAAT PELAKSANAAN
Pelbagai manfaat yang dapat diperoleh oleh penerima melalui pelaksanaan subsidi bersasar Petrol RON 95 ini, antaranya adalah :
- Membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat;
- Menangani ketirisan subsidi dan aktiviti penyeludupan;
- Dapat mengoptimumkan sumber negara bagi manfaat rakyat;
- Dapat mengurangkan pembaziran subsidi.
TARIKH PELAKSANAAN
Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter dijangka akan dilaksanakan bermula penghujung September 2025. Namun, tarikh rasmi pelaksanaan belum dimuktamadkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak berwajib.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan BUDI MADANI RON95:
- Siapa yang layak terima subsidi RON95?
- Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan mempunyai kenderaan yang sah berdaftar.
- Adakah semakan pengesahan boleh dibuat menggunakan MyKad sahaja?
- Ya, semakan pengesahan boleh dilakukan dengan menggunakan MyKad semasa pengisian minyak petrol.
- Bilakah program ini akan dilaksanakan?
- Program ini dijangka akan dilaksanakan bermula penghujung September 2025.
- Dimanakah stesen minyak yang boleh guna subsidi ini?
- Di semua stesen minyak seluruh Malaysia.
RUJUKAN
Kami hanya memberikan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan, yang dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan (MOF). Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib. https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof