SEMAK BUDI MADANI RON95 – STATUS KELAYAKAN & BAKI KUOTA

SEMAK BUDI MADANI RON95 – STATUS KELAYAKAN & BAKI KUOTA

Oleh kerana desakan ekonomi kini, harga minyak petrol terpaksa dinaikkan sehingga mencecah RM3.87 seliter. Namun, pihak kerajaan komited memberikan yang terbaik untuk rakyat dengan mewujudkan Subsidi Budi Madani RON95 supaya rakyat dapat menikmati harga minyak RM1.99 seliter.

Bagaimanakah semak status kelayakan & baki kuota Budi Madani RON95? Rujuk panduan di bawah.

BACA JUGA : SKAS 2026 SEMAKAN BAYARAN FASA 1 2026

APA ITU BUDI MADANI RON95?

Budi Madani RON95 adalah merupakan sebuah program subsidi bersasar petrol RON95 bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan minyak petrol dengan harga subsidi sebanyak RM1.99 seliter berbanding harga semasa kini mencecah RM3.87 seliter.

SIAPA LAYAK TERIMA BUDI MADANI RON95

Namun, Budi Madani RON95 ini hanya layak dinikmati oleh mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur16 tahun dan ke atas
Pemilikan Lesen MemanduMempunyai Lesen
Memandu Malaysia (LMM)
yang sah dan aktif
Kadar PendapatanPendapatan tidak terhad
(terbuka kepada semua
B40, M40 dan T20)

JUMLAH LITER BUDI MADANI RON95

Setiap penerima yang memenuhi syarat kelayakan boleh mendapatkan minyak petrol RON95 dengan subsidi Budi Madani RM1.99 seliter tetapi dengan jumlah liter yang dibenarkan seperti berikut :

JUMLAH LITER DIBENARKAN
(SEBELUM)
JUMLAH LITER DIBENARKAN
(TERBARU)
300 liter sebulan200 liter sebulan
*Nota : 200 liter yang dibenarkan akan berkuatkuasa bermula 1 April 2026.

CARA GUNA BUDI MADANI RON95

Berikut merupakan cara mudah untuk guna subsidi Budi Madani RON95 untuk pengisian minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter :

  1. Kunjungi Stesen Minyak terdekat anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima.
    • Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  3. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  4. Masukkan amaun yang anda ingin isi.
  5. Kemudian, bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  6. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  7. Selesai.

SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAKI KUOTA BUDI MADANI RON95

Bagaimanapun, sebelum buat pengisian, ketahui status kelayakan sebagai penerima dan semak baki kuota Budi Madani RON95 masih ada seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Budi Madani RON95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing.
  2. Halaman utama Budi Madani RON95 akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  4. Masukkan Nombor MyKad anda.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  6. Status kelayakan dan baki Budi Madani RON95 anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Bagi yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan BUDI MADANI RON95, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang rasmi seperti tertera di bawah :

  • Talian BUDI95 : 1300 88 9595
  • Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
  • E-mel BUDI95 : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing

Leave a Comment